15 March 2010

Angota Putus...apa yang perlu dilakukan....?!


Apa yang anda perlu lakukan, jika ini terjadi kepada orang yang tersayang, keluarga sendiri, kawan, atau sesiapa sahaja..?

Apa langkah pertama jika ada angota badan (cth: jari, pergelangan tangan), terputus akibat kemalangan?

LANGKAH PERTAMA
JANGAN PANIK! TARIK NAFAS DALAM-DALAM. ISTIGHFAR . BACA BISMILLAH...


LANGKAH KEDUA
PASTIKAN KEADAAN SELAMAT UNTUK PERGI KEARAH MANGSA, JIKA SELAMAT,
TENANGKAN MANGSA.... BUAT PERKARA YANG SAMA,. ARAHKAN MANGSA. .. TARIK NAFAS DALAM-DALAM, ISTIGHFAR .........


BAWA MANGSA KE KAWASAN YANG SELAMAT

ARAHKAN MANGSA DUDUK KALAU BOLEH ATAU BARING.......

JIKA BERLAKU PENDARAHAN YANG BANYAK, CUBA HENTIKAN PENDARAHAN DENGAN MEMBERI TEKANAN DI KAWASAN PENDARAHAN....

ANGKAT ANGGOTA YANG TERLIBAT MELEBIHI PARAS JANTUNG......



LANGKAH KETIGA
MINTA BANTUAN! JERIT MINTA TOLONG!

JIKA ADA ORANG LAIN, MINTA TOLONG DAIL 999..MINTA BANTUAN, MINTA NASIHAT.

DISAMPING ITU, TERUSKAN USAHA MENENANGKAN MANGSA DAN JANGAN LUPA TENANGKAN DIRI SENDIRI.


LANGKAH KEEMPAT


JANGAN LUPA CARI BAHAGIAN YANG TERPUTUS......

CARI,AMBIL, SIMPAN DALAM BAG PLASTIK YANG BERSIH......DAN RENDAMKAN SEDIKIT DALAM AIR YANG BERSIH.....

IKAT PLASTIK ITU

DAN RENDAMKAN DI DALAM AIS

LANGKAH KELIMA

BAWA SEKALI KE HOSPITAL DENGAN SEGERA....

INGAT..MASA KRITIKAL UNTUK MENYELAMATKAN BAHAGIAN ITU HANYALAH KURANG 6 JAM.

JIKA DENGAN AMBULAN, SERAHKAN KEPADA PETUGAS HOSPITAL

JIKA BAWA KENDERAAN SENDIRI, INGAT, BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU...

SENTIASA TENANGKAN MANGSA

LANGKAH KEENAM

APABILA TIBA DI HOSPITAL, BERTENANG, BERITAHU KEADAAN PESAKIT.... DAN SERAHKAN MANGSA UNTUK DIRAWAT

SELEBIHNYA..............BERDOA, SEMOGA MANGSA DAN ANGGOTA TERSEBUT BOLEH DISELAMATKAN. INSYAALAH.........

05 March 2010

DUNIA KU YANG BERBEZA







Tengok back ground.........macam bukan kat Malaysia jer... Memanglah kat Paris tu... Terjumpa gambar lama .. Banyak lagi tak sempat scan.





Banyak dah saya cerita perjalanan hidup saya , suka duka menjadi doktor, belajar, kawan-kawan, tapi di sebalik skima saya untuk belajar tu, banyak jugak pengalaman yang saya dapat dengan aktiviti luar dari aktiviti belajar nih. Aktiviti kokorikulum yang mungkin tak saya gilap semasa disekolah kerana bukan tiada peluang, tapi langsung dilarang sama sekali untuk budak perempuan macam saya nih. Bukan aktiviti haram, cuma aktiviti seni jer........ Sekolah memang takder lah, lebih -lebih lagi boarding school.





Memang aku suka menyanyi, dari kecil, selalu mendengar mak menyanyi, lagu asli, lagu lama dan seara tidak langsung aku terlibat sama. Setahu aku , aku terer nyanyi lagu lama ni , bila cikgu suruh aku bersyair..... bila cikgu dengar dulu tu, semua senyap.... tak sangka saya boleh bersyair dengan begitu baik. Sehingga saya jadi tukang syair sekolah, kena rakam suara, jadi bahan rujukan macam mana nak bersyair dan kemuncakknya .................. Aku juara seluruh negeri Melaka untuk bersyair.....Tapi pelik lak kenapa dia tak anjur sampai peringkat kebangsaan...... Kalau lah ada.....





Lepas tu kalau kat sekolah tu aku banyak bernasyid jer, jadi solo lah,,,, penat. Tapi banyak tempat jugak aku jalan.. Kemuncak nyer aku wakil Melaka gak, peringkat kebangsaan kat KL... Pertandingan Nasyid Maal Hijrah yang sekarang ni orang besar nyanyi... Dulu budak sekolah jer tau......... Kalau nak tau , nasyid ni sampai ke universiti gak, peranan yang sama.... dan ada jugak la masa kita kalah dan menang..... Menang banyak lah.

Antara kenangan di UM... Ist prize.



Sedihnya semasa aku form 4 dan 5 aku berpindah ke boarding school. Sek Men Sains Muar, Johor. Disini, apa yang aku tau, pelajaran amat dititik beratkan, sehingga aktiviti yang tiada langsung kaitan dengan ilmu langsung tidak digalakkan....


Maksudnya strict sikitlah....... So disini untuk melepaskan bakat aku yang terpendam tapi tak boleh nak luah tu, aku join kelab seni, kelab kompang...at least, lepas jugak lah..... Tapi kalau bab nyanyi ni...susah sikit, syair depan kelas pun tak pernah,,,, ngaji pun macam tak bagi, sebab ustazah tau suara aku sedap....takut kot nak bagi budak laki dengar....agaknya la tu.


So, masa art class aku gilap bakat melukis aku, banyak dinding kat sekolah tu kena conteng. Banyak jugak bunting cantik kena gantung.... best.. Maklumlah budak lukisan ni 6 orang je dalam satu sekolah yang 400 org tu.

Bukan nak tunjuk dorm mate, tapi dinding kat belakang

tu hasil kerja tangan kita orang bebudak lukisan.

Mmmmm......... sedih sikit lah kat asrama penuh. Nasib dapat masuk UM. Bermulanya dunia yang berwarna-warni.

Di UM ( taknak cerita akedemik la).... Masa orientasi tak sempat nyanyi...sakit tekak....so aku jadi backup singer group nasyid jugak lah.. Masa tu budak baik. So masa yang orientasi ni tak berapa glamer lah.... Yang glamer bebudak yang tak pakai tudung , yang cantik, yang sexy, yang ada kereta.... dan lain2x. Maklumlah..... dah menuju alam remaja gitu...... Tengok lah gambar kita kat atas tu... tak skima?...

Takpalah...nasib tak culture shock...jadi terkinja-kinja macam budak lain yang datang dari ceruk mana tah,,, sampai-sampai KL terus free hair ...over ......Ok lah... Terkutuk lak...

Ok... start balik... mulanya aku berkecimpung dalam aktiviti seni di UM. Memang aku tak cantik, tapi ada lah kawan-kawan aku yang cantik dan free hair... So kadang-kadang tu mengikut jugak lah dengan aktiviti dia org kat kolej tu. Ada lah satu hari tu dia org cari peserta untuk nyanyian asli.. so, aku mulanya taknak pergi. Maklumlah , nama dah masuk dgn nasyid, budak extra..Paksa-paksa, ajak teman terikut lah jugak..

Turun-turun, kena paksa bagi nama lak...hish... tensen . Lepas tu dah habis semua kawan nyanyi, dia orang suruh aku pilih lagu..... Hah.. Nak nyanyi lagu apa nih... minus one... masa tu takder karaoke lagi..... Tengok-tengok ada lagu Ning Baizura... Dalam pikiran.. selalu nyanyi dalam bilik ok jer...hentamlah......

Aku pun dengan menggigil kepala lutut, tak pernah nyanyi lagu pop depan orang tu, nyanyilah......Lagu Curiga tu... ( tgh top kan masa tu).Start aku nyanyi........ entah macam mana ikut baik jer dengan flow muzik...ikut rentak lak tu.... KEASYIKAN LAYANAN MU MENGGAMBARKAN KEMESRAAN.......... dan seterusnya ending .........AABADII...............

Habis aku nyanyi, rupanya satu koridor dekat kolej tu penuh...... Sebab dia org ingat Ning datang.... sebiji tuh....Terus aku kena cekup dengan budak AJK seni kolej..... Kena masuk band... masuk nyanyian asli jugak.... masuk nasyid lagi...aduhhh..... Mungkin dia org ingat, kalau boleh nyanyi lagu biasa, boleh kot tangkap muat nyanyi lagu asli.

Aku redah lah juga semua tu..... semenjak hari tu , aku dia org panggil Ning jer kat kolej tu... nama aku yang Rabiha.... org tak tau pun. Tapi tak sangka lak dia org aku boleh nyanyi lagu asli dgn baik juga.....dapat no dua untuk seluruh UM (yang tak pernah kolej aku dapat tempat pun). Dan seterusnya no satu utk tahun-tahun berikutnyer. heh...heh........

Maka jadilah aku anak emas kolej... tu,,, Sampai terpaksa keluar sebab kena sambung tempat lain...masuk medic kan.....

Disebabkan aku boleh nyanyi lagu asli lah , maka aku di ajar oleh 2 cikgu pusat kebudayaan . En Salehuddin yang aku anggap macam atuk.... dan Prof apa hah... Tak ingat... dia ajar lagu dan musik gamelan..... Join lah dia org ni buat show dekat function besar, kecil, Universiti......banyak lah jugak la jalan..... Dan kemuncaknya bila group kita orang ........dapat pergi Paris... wakil Malaysia untuk festival Art kat sana.....Best giler.... 2 minggu kat sana.fully sponsor..... Show dekat festival sana.. show kat Lion, kat mana -mana tah...sekolah. kedutaan semua ada......Switzerland tu jengah gak........Yang bangga nya... org putih pun kagum dgr suara aku yang lembut mendayu-dayu nyanyi lagu gamelan tu.....sampai skarang ni aku tak dengar lagi org nyanyi lagu gamelan...sebab pelopor yang nyanyi akuuuuuuuu...... hehhehe.

Nyanyi lagu asli... Makan sireh,,, ada penari lagi tu....Bangga sungguh.....

Balik-balik Malaysia, aku di jemput oleh Yassin (penyanyi tu ) join group dia, tapi aku tolak sbb pikir nak belajar kan...

Kalau lain keputusan aku masa tu, mesti dah kelain dah aku nih... tak jadi Doktor dah.......

Dan seterusnya....untuk 7 tahun aku di UM. 2 tahun asasi 5 tahun Medic..... aktif sungguh.....

banyak lah kenalan aku...Tupasal kalau org kata, kenangan yang paling manis ialah di sekolah, tapi kalau aku kenangan paling manis aku adalah di Universiti. Macam-macam perkara telah berlaku.. dan ada yang mengubah diri aku hampir keseluruhannya........ dari segi personaliti dan keyakinan diri.......

Aku jadi lebih terbuka... menerima setiap insan yang ada dibumi ini bukan dikira dari segi pencapaian akademik sahaja tetapi dari semua bidang... kerana aku rasa setiap org ada kelebihan masing-masing yang tiada duanya...... Disebabkan itu aku memang banyak bergaul mengikut batas yang diajar sewaku di sekolah dulu dan juga berpandangan terbuka.....

Cuma org sekarang ni, bila kita terbuka begini, ada yang kata kita ni tak menjaga tata susila.......

over dan lain-lain..... Takpa lah didikan berbeza, pasti personaliti berbeza.......

Sekarang dengan gelaran sebagai seorang doktor, dan ibu kepada 3 orang anak dan isteri, aku lebih diam.... tak aktif lah. Sekarang aktiviti bersukan dan riadah jer.

Cuma dahulu.. kalau difikirkan DUNIAKU AMAT BERBEZA.

END.

p/s: Kalau ada lagi gambar saya post


28 February 2010

Sesuatu Yang Menakutkan



APA YANG ANDA FIKIRKAN?



ADAKAH ANDA TAKUT?



JIKA INI IBU ANDA?

APAKAH PERASAAN ANDA?


MAMPUKAH ANDA MELIHAT?

MAMPUKAH ANDA MEMBANTU?

p/s: Banyak lagi gambar..tapi ngeri sgt....

Saya pasti kepada mereka yang melihat gambar ini akan terdetik dihati mereka .........

Apa yang berlaku? Kenapa boleh jadi macam ni?. Atau Seramnya??!!!! Takutlah nak tengok ???!!! Tak sanggup.....?!!!!!! Takut????!!!!!!

Emmmmm.......kalau anda ada perasaan , anda memang normal.. Anda manusia yang penuh perasaan......

Cuma yang menakutkan saya sekarang ni, saya yang tiada perasaan itu. Sudah begitu kebal jiwa saya ini pada kesakitan, kesedihan , kesusahan dan kematian. Seolah-olah saya ini seperti tidak ada perasaan . Mana prginya jiwa saya yang bergelar seorang insan.....mmmm tak tahulah...

Rasanya, penyakit ini dah sebati, sudah menjadi isi.

Gambar pertama : Seorang tua, yang berumur 69 tahun, dibelasah sehingga begitu, beliau pengsan dan tidak sedarkan diri. Dibelasah kerana dirompak oleh perompak durjana cisssss......

Tapi yang peliknya, aku seperti kebal......... bila dgr cerita macam ni...ok ok..... dan terus merawat...macam takde apa-apa

Gambar kedua: Sebenarnya, gambar itu, ibu saya sendiri, tapi apa yang aku mampu lakukan? Yang menakutkan saya dah menganggap ibu saya sebagai pesakit " Jangan lah risau mak, takde apa apa, yang serius"....... Sepatutnya semua org patut risau, mak sakit tu....mmmmmmm tak patut aku ni

Gambar ketiga: Gambar accident tu, Yang terkeluar tu tulang... Sakit.......

Apa yang aku buat.....lepas buat rawatan buat semua, aku cakap." Ok dik masuk wad, kena operate yer. "......Kalau aku ni kakak dia, mak dia ke mesti dah jerit........

Tolonglah...adakah aku ini sudah tiada perasaan...... 10 tahun kerja,,, perasaan yang sama...

adakah ini benar, dan mungkinkah yang bekerja seperti ku mempunyai perasaan yang sama.......

Celaru

19 February 2010

Jutawan Senyap

Baru habis baca buku " Jutawan Senyap" tengah hari tadi dalam masa dua jam. Maklumlah hari Jumaat, orang lelaki pergi Solat, aku pergi "library" baca buku motivasi nak mencari duit nih. Heh..heh, macam takde kerja lain. Tapi inilah masa yang dapat aku curi untuk membaca bahan seperti ini. Kalau baca textbook , ngantuk la mata aku nih, dari nak baca, jadi baca dalam mimpi nanti.

Buku " Jutawan Senyap" ni ditulis oleh Chef Li atau nama sebenar Dr. Rusly Bin Abdullah. Aku tak tau lah dia ni jutawan ke tak tapi aku rasa dia ni Jutawan kot sebab dah buat buku camni...... Terbitan tahun 2005. Aku tak tau la org lain, tapi aku nilah pertama kali baca. Agaknya dah ramai org dah baca buku ni, cuma aku jer yang tak nampak...heh...heh.

Buku ni mengisahkan tentang mereka yang berjaya menjadi usahawan yang berjaya dengan bermodalkan modal yang kecil, jualan kecil-kecilan di pasar malam dan akhirnya berjaya....
dalam bank juta-juta , tapi low profile, still meniaga pasar malam. Hidup pun senang orang tak kenal...... Ada yang memang mula dgn kerja makan gaji tapi sanggup jugak erhenti utk mengejar impian...

Tujuan dia , nak menyedarkan kepada semua orang kita, supaya menjadi org yang berwawasan, dan bercita-cita tinggi. Jangan tinggal di comfort zone....
Tu lah, ila habis baca , mmg rasa nak berenti kerja jugak......

Cuma, kita kerja ni, mmg kena ada niat, kalau pk duit, tu lah, terpaksa lah berusaha..lebih.
Kalau nak tolong org jadi macam saya lah....dan lain....tapi tak lah hebat pun....

Citer pasal kerja ni, dari dulu aku tabik betul orang jkertja bomba tau.....
Kenapa? Hah : Apa beza askar, polis, doktor, dgn bomba?

ASKAR: pakai uniform, hebat, tapi sebab skang takder perang hebat jadi dia org kira dalam fasa cool.

POLIS : Lagi hebat, Boleh tembak-tembak. tangkap org jahat, mengagadai nyawa, tapi sbb ramai jgak yang rasuah tercalar skit lah imej tuh

DOKTOR: Ni lah kerja yang paling glamer, sbb kena pandai, tolong orang dalam kesakitan, dapat byk duit.....
risiko dapat kuman...semua ada.... Tapi org komplen jugak, masuk tv masuk newspaper.

BOMBA: Aku tak tau la org lain, tapi aku anggap , ni la kerja yang paling low profile, tapi bidang kerja banyak tu........
Dari udara sampai dlm laut
dari selamatkan org di tempat yang paling bahaya sampai selamatkan binatang atas pokok, semua dia buat....
Aku respect giler, skang ni diaorg belajor lagi cara nak bagi bantuan kecemasan....huh hebat..........nak kata perang, jalan kat malaysia ni mmg dah macam medan peperangan dah...hari-hari panggil bomba.....
kesian dia orang.

Ni gambar kenangan dgn batch bomba yang ketiga
belajar emergency basic.


Takpa lah, masing-masing ada persepsi yang berlainan pasal kerja, pada saya yang paling cool mmg lah bomba, pasal kerja tempat hot, Tapi kalau pk duit, org byk duit lah yang paling hot......

Tu je lah utk hari ni..lain kali citer lagi

10 February 2010

Episode 5: kehidupan ku

Akibat Kemalangan
Gambar hiasan : kalau tak takut darah , boleh tenung

Kepada sesiapa yang mengikuti episod kehidupan saya, ini adalah sambungan bagi cerita sebelumnya. Saya simpulkan bermula dari mula-mula sekolah, hingga ke universiti dan akhirnya menjadi pegawai perubatan siswazah di HKL.... Ehem..ehem, akhir sekali sewaktu saya menjalani posting di Jabatan Perubatan.


Selepas tamat tempoh di Jabatan Perubatan aku pergi Ke Jabatan Pembedahan. Huiih !! Khabar angin kerja sebagai houseman di pembedahan (surgery) ni tak penat... rilek jer. Memang betul pun. Tak macam di Jabatan Perubatan yang rasa nak muntah tengok pesakit, tapi wad pembedahan........... mmmmm sangat tenang sekali. Sebab kebanyakkan yang masuk wad, yang muda-muda, yang sakit perut, yang sakit belakang......yang tua pun masuk jugak, tapi dah teruk juga lah. Yang wad perempuan lak, yang masuk pasal masalah breast lump, bengkak sana-bengkak sini, yang teruk pun ada . Tapi kalau wad perempuan geng hoseman lelaki lah yang suka....heh..heh......ooooop takleh cakap lebih..nanti kena tangkap.


Bukan sahaja pesakit dia best, tetapi pakar dia pun best, sporting, ceria, hensem, ramai dah kahwin lah..... Tapi sbb lelaki kan, kita org yang houseman perempuan banyak lak yang single. Apa lagi, ULAT BULU DAH NAIK DAUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!! boleh tahan.......heh..heh. Gurau jer...Jangan marah yer boss.


Di wad pembedahan aku ditempatkan di wad perempuan dulu, wad breast and endocrine. Sibuk jugak. ramai pesakit, lagipun aku pompuan kan....... jadi biasa je lah.Banyak jugak yang aku belajar, pergi OT, amik spesimen,, kejar sana.kejar sini..........telipon sana, telipon sini......bosan......

Pasal berkaitan dengan sample tissu tu lah aku tak minat..... Memang tak hingin lah nak terlibat dalam tisu-tisu ni (contohnya: sebagai patologist ke, surgeon ke, hematologist, derm ke, dll).

Lepas tu kat OT tukang jadi pemegang retractor jelah...... mengaku sampai sekarang, tak tau lagi benda nama retractor2x terlibat......heh...heh.....


Habis wad perempuan, pergi wad lelaki........

Hah.....disinilah saat sedih....cemas....gembira....lucu semua ada. Seperti yang dimaklumkan kalau wad lelaki ni pesakitnya boleh tahan lah...... ramai yang muda.... maklumlah..asyik accident jer...... Tapi yang paling aku takut, sampai sekaranglah pesakit Upper GIT bleed (muntah darah).


Pernah satu hari, masa tu aku tak on-call. Pass over jer dari org malam kata ada satu patient upper Git bleed, hamba Allah kata ,patient tu ok... tapi bila aku sampai kol 7 pagi utk morning round, aku terkejut tgk patient tu masyaalah putih gila.... PUCAT.... umur pakcik tu baru 50an lah. Aku terus amik darah dia dan pergi lab dengan sendiri dan cari result dan masyaalah , darah merah dia 3 jer ( padahal normal sepatutnya 10-13. Terkejut, terus inform pakar yang buat scope...dan specialist order hantar sekarang.... Yang silap aku tak dapat jumpa Pegawai senior lain...... rupanya ada kat wad perempuan jer......


Pesakit dah tak stabil tapi kami hantar juga ke bilik scope.....sebab dgn scope mungkin dapat jugak cari punca pendarahan dan boleh dilakukan rawatan segera.

Sampai di bilik scope, tiba-tiba, pesakit muntah darah dengan banyaknya didepan saya dan semua pakar...rasanya 1/2 baldi...macam air paip yang merah..dan selepas tu pesakit tu terus senyap dan tak bernyawa.......kaku.....bini dia ada kat tepi meraung-raung sedih. Hati saya dah sedih kerana pesakit pergi begitu cepat dan aku terkedu aku tak boleh melakukan apa-apa.......


Puas kena marah. kena lecture dgn specialist,, tambah lagi dgn pegawai senior.....Aku jugak lepas tu kena hanta mayat naik atas wad balik...konon-kononnyer macam tido.... Padahal dah jadi mayat. Kepada pelawat -pelawat hospital, tu pasal kt tak galakkan sangat pi, hospital. Mana tau org yang kita sorong tu dah matikan......


Sampai wad, tulis note pesakit...kena marah lagi... lepas tu aku senyap-senyap gi tangga ..nangis sorang-sorang... Tak sapa tau kot.... sedih sangat...sebab aku rasa salah aku pesakit tu pergi buat selama-lamanya........


Sampai sekarang, terasa sedihnya.......... tu pasal kalau pesakit mcm ni aku beria-ia nak selamatkan... buat kerja cepat...jgn lngah-lengah...nyawa org bukan buat main.....

aku mesti belajar menyelamatkan org selagi upaya...... walaupun ajal dan maut di tangan tuhan.



Pesakit kedua yang aku ingat ialah seorang lelaki muda, umur lebih kurang 23.....Masalah hempedu bengkak sehingga hati dia rosak... dia ada masalah paru-paru berair atau pleural effusion dan kami tepaksa menebuk dadanya, (chest tube sebab dah banyak sangat ) tapi masalah dia tak pernah selesai. Dia budak baik, cakap sopan santun , mak dia pun baik...tetapi hati saya merasa dah terlalu banyak kesakitan dia tanggung. ,macam-macam perkara beliau lalui.... Namun akhirnya dia kembali juga sebab penyakit dah kritikal sangat......kesian..........


Sedih jugak dengar, dia meninggal.. masa tu aku dah habis dah ......dah jadi Medical Officer.


Tapi saat paling lucu,, sewaktu bersama rakan seperjuangan lain..... Semasa di surgeri Sekali lagi aku bersama Shaheeda, Dr siti Zubaidah dan lain-lain.. Tapi kami bertiga memang kamcing... kaw..kaw punya...Buat jahat pun sama-sama...


Sebagai houseman , kami di surgeri ada bilik on-call, tak macam jabatan lain lah.... Cukuplah, ada katil spring tu, tilam bantal , kipas syiling .... tu jelah.. Pas tu nak buat air kita orang bawaklah cerek sendiri........ Malangnya cerek tu wayar dia pendek, plug dia dekat tepi katil..

Sebab nak masak air punya pasal, terpaksalah letak kat atas katil...
nak cari nahas....


Satu hari, Shaheeda ni yang mmg suka makan dan minum....Aku pun sama masa tu suka gak. Panaskan lah air...sebab pesakit takder, kitaorg borak lah ramai-ramai dalam bilik tu....borak punya borak shaheeda ni duduk atas katil dengan ganasnya.....

keplusssh..........ADOOOOOOIIIIIII... air panas tadi sudah membasahi katil dan menyirami kesuluruhan ponggong shaheeda ni. kih...kih...... habis melecur... kesian dia ...berbulan-bulan lawak punggung sheeda terbakar jadi bahan ketawa...pun kalau aku jumpa dia, buat lawak yang sama jer.........


Pas tu dia kena dressing kat burn unit, hai punggung yang kecik terus jadi punggung yang hebat sebab dah kena alas dengan dressing yang banyak...... Dia pulak tak tahan sakit "Morphine...morphine" ingat lagi dia menjerit..............heh...heh......


Banyak lagi kat surgical ni..tapi tujelah yang best yang aku ingat...................lain-lain kalau teringat aku cerita.....


Lepas ni kat Jabatan Sakit Puan dan Bersalin


TQ



04 December 2009

Budak budak pompuan

Mmmmm.....nak cerita apa yer pasl tajuk kali ni......

Pompuan nie kalau nak cerita, memang banyak topik nye..tapi kali ni cerita pasal budak pompuan yang bengap ......// mmm tak tau lah..mak bapak ke yang tak paham...atau budak pompuan yang tak paham...

Budak pompuan yang didefinasikan dalam blog ni ialah :-budak perempua berusia kurang dari 21 tahun atau yang tak kawin lagi la.......

Oklah...nak mulakan cerita, para pembaca dah tau saya nie dah lama kerja kat Jabatan Kecemsan ni...Banyak cerita ada.... Antara tugasan khas kami adalah melihat kes-kes OSCC. One Stop Crisis Centre...atau (tempat orang teraniaya --atau tempat perempuan yang dalam kesusahan, dibelasah suami, atau di rogol...).. Yang susah memang ada, yang dibelasah suami pun ada , yang rogol pun ramailah jugak...........

Tapi nak cerita sikit lah..... dah bertahun-tahun buat benda.... kes-kes rogol yang datang kebanyakkan pun bukan sebenar benarnya... Mungkin ramai lagi kengkawan yang kerja dengan saya seuju jugak.... Masing-masing memeang dah rela pun... suka sama suka..tapi sebab tak cukup umer jadilah kes rogol...

Yang paling tak paham sekali...kes -kes yang boleh dielak,, tapi disebabkan kebengapan bebudak ni... tulah yang kena rogol..... Di sini saya ceritakan bebagai-bagai situsi dia orang nie kena rogol... (nama tak sebut la!!!!!!!!!!)


Kes Minah berjiran...... ( ke sbaru lagi .....)

Adik x dan Adik Y ni berjiran . aku agak best frend kot....diaorang masing 13 dgn 14 tahun....Sebab cuti sekolah dia orang ni tak nak buat apa kot.. Jadi melepak lah mereka di taman permainan rumah dia orang ni.... Agak nya aktiviti mereka ni dah lama kena intip lah...maka di takdirkan sau hari datang seorang lelaki mendekati mereka ni berdua... hensem agak pada dia..... DAh berumur jugak lah kalau nak banding dgn budak dua orang ni.. yang baru puberty ni....

Mereka berkenalan lah.... tut..tut terus ajak pegi dating...besoknya... Naik keta mamat ni.... Dengar keta, bebudak ni suka lah...dapat balak kaya..... Besok nya tengah hari dia org kuar,,, masing-masing melaram lah...make up dahsat... ( aku form two tak reti lagi melaram ).... ikut lah mamat yang baru kenal sehari nie....

Masuk dalam keta..... terus mamat nie bawak jalan and last last bawak budak-budak nie pegi hotel. Yang bagus tue dia orang ikut gak..... Kena jampi apa.... sebab bebudak kata kat aku, tak berdaya nak lawan... Pelik..mamat ni sorang..awak berdua dik..... Lari je lah... Mintak tolong orang kat hotel tu ke...

Bebudak nie ikut je masuk bilik..... sampai bilik... apa lagi.... satu kena kurung dalam bilik air, sorang lagi dah ada pisau kat leher.... Ambik-ambik... Lepas tu mamat ni panggil lagi 4 orang member dia.... .. Jahat sungguh lelaki ni...macam syaitan...

At the end...... dua -dua kena lanyak,, macam roti canai.... 5 orang kejakan bebudak ni .. kesian.... 4 jam tu ..kalau ikut bebudak ni cerita lah....

Habis-habis tu... Dia orang terus bawak balik dalam keta.. pas tu kena tinggal dekat dalam keta laki tue ( kereta curi kot.. selamba je tinggal)... dah sudah tu baru call family amik dia orang... jumpa polis... bwk hospital..... Nasib tak kena bunuh dia orang nie...


Sampai..sampai kat spital. Aku tak nampak trauma pun dia orang nie...sengih-sengih... Macam takde apa-apa.. pelik aku... Betul ke dia orang nie..hampeh...

Kesimpulan nya
- apasal mak bapak dia bagi bebudak tak cukup umur ni kuar dgn jantan tak tau asal usul ni....\
- sapa suruh mak bapak beli baju seksa-sseksi kat anak nie.... tak screen ke..
- bebudak ni memang IQ rendah kot
- bebudak ni tak sabar nak berboyfriend... yang dah berumur pun nak sapu...
- bebudak ni tak cukup membaca,, tak baca kes-kes macam ni byk.
- don't talk to strangers.....!!!

kengkawan...banyak lagi kes macam nie...tak tercerita.. kalau ada kita bagitau lagi...

Pesanan ringkas: Moga kita dapat membimbing keluarga kita dengan baik... ambil iktibar yer... harap-harap dijauhkan..

05 November 2009

Sampai Hati Ibu

Pada bulan ini bermula jugalah posting baru ku di Jabatan Obstetric dan Gynaecology.. Dahulu semasa houseman posting ini sememangnya wajib bagi semua houseman bagi tempoh dalam latihan, maklumlah posting penting. Itupun seingat aku zaman itu dah lama berlalu.... 7 tahun dulu....

Jadi posting ini sememangnya mengingatkan aku waktu-waktu sukar semasa menjadi houseman dulu... bangun kul 5 pagi. Bertolak dari rumag kul 6.15 pagi . sampai kul 7 pagi terus pegi wad tengok patient...kelas kul 7.30... 8pagi start balik tgk patient... tung tang tung tang balik la kul 7 gak..... penat....

Tapi kali ni lain lah nak citer... bukan nak burukkan sesiapa, bukan nak salahkan sesapa.. tapi beberapa hari di bilik bersalin ni buat aku terpikir... apa nak jadi dengan masa depan dengan anak-anak yang saya sebutkan ini......... pikirkanlah..( cerita benar di bilik bersalin)

Kes 1.

Puan ....... adalah ibu kepada 6 orang anak. Anak semua lahir sempurna dan sihat. Suami Puan .... tak tau lah sapa... Kali ini datang ke wad bersalin untuk bersalin, sekarang kandungan ketujuh... Malangnya , satu check-up pun takda..buku merah lagi takda... tak risau ke anak yang dikandungkan..... tak risauke kesihatan diri... lebih malang lagi.... disebabkan sakit hendak bersalin Puan ..... mengambil ectasy di waktu pagi... Tak tau lah lagi benda lain...... Mengaku hisap dadah.... tak tau lah dah brp lama... Badan memang dah mcm penghisap dadah tegar..... dan bertambah malang lagi ,, Pn ... dah macam pesakit mental sbb selalu ambik benda tu......

Sampai-sampai wad bersalin, terpekik terlolong.... sakit... kepala anak dah nak keluar Pn ... tak nak baring pun..... Kalau anak jatuh camnerlah.....

Bila dah baring ,, periksa badan..masyaalah..... penuh penyakit kulit...tak kiralah dicelah mana.... macam manalah anak nak kuar ikut situ... kesian baby.....

Bila dah kuar anak , nasib anak cukup sifat, takde cacat cela.. tapi otak tak tau lah camner.......

Terfikir sejenak, bagaimana nasib anak itu... ibunya penagih, bolehke menjaga anak apabila mental pun dah tak brp kuat skrunya......bagaimana anak-anak yang lain???

Kesian bayi yang tak berdosa .... tapi pikirkanlah bayi itu akan membesar dan akan menjadi pelapis masyarakat... bagaimanalah dia nanti.......




Kes 2

Ms y, Tak tau lah kerjanya apa, mengandung baru 29 minggu.. tak cukup bulan... badan penuh tatu...... kandungan dah kali kelima.... Datang ke wad bersalin kerana ada tanda tanda nak bersalin..... Mana taknya..... kalau dah tonggang arak hari-hari... hisap rokok berkotak-kotak......Memang itu memang diketahui penyebab utama kelahiran pramatang....... Dulu pun tak cukup bulan.......Kali ni buat lagi..... pening. Yang lagi pening, mak nye ada syphilis (penyakit kelamin). Wahai ibu-ibu,,, sampai hati..... bayi pramatang ni kadang-kadang nasib tak baik otak boleh rosak..... Wahai bapa-bapa... kalau bini anda tak isap rokok pun, kalau bapa-bapa hisap rokok lagi banyak asap bini you hisap asap rokok tu. sama je macam bagi bini you isap rokok...........


Kes 3..

Ms w. Orangnya macam terencat.... tak normal.. tapi kali ni datang untuk bersalin.... Kandungan yang kelapan??!!!!! Terpikir sejenak... ramainya anak.... ada suami ke???
Siasat-siasat,, Ms W... dah jadi kilang anak kepada Mr x.......Macam penyangak je aku tgk....

Korek-korek lagi..... Semua anak yang dikandungkan dah dijual, 8 ribu seorang... Yang ni pun dah ada org book..... Sampai hati penderma benih nie yer...menggunakan perempuan sehabis-habisnya..... Kepada mereka yang menjadi pelanggan... pikir-pikirkanlah.... dari mana datang baby tu, maknya macam mana.... Jangan bila budak tu dah besar, terencat, tak nak bela , dera budak, Kesian anak tak berdosa itu................

Banyak lagi cerita LR (bilik bersalin ). Kes baru kahwin tapi perut dah besar dah tak terkira dah. Malas nak citer....

Kepada pembaca. cerita ini memang benar... takde tokok tambah....

pikirkan bangsa kita akan datang.......
TQ