28 March 2009

Perjalanan Hidup Ku Episod 3

Tahun dua di fakulti perubatan berjalan lancar... Kelas, Exam, Alhamdulillah semua ok.....Bermula tahun dualah barulah budak-budak medic yang dulu duduk 6th college tahu ertinya duduk luar dari college. Maklumlah 6th tu kecik, jadi kena bagi peluang pada budak-budak exam besar je yang tinggal kolej (1st year, 3rd year, final year). Pada tahun 2 ni lah aku dapat seorang lagi kawan yang sampai sekarang sangat dekat dihati nie. Susah senang sama2x semasa belajar medic nie. Norliza....dah jadi specialist Forensic dah ( mcm CSI tu). Kesian mula-mula dia masuk 2nd year.. takde tempat nak tinggal. Kawan yang janji nak tinggal dengan dia di apartment vista tu tak masukkan dia dalam list.
Jadi,saya yang duduk 8th sorang2x nie ajak la dia tinggal sama. Mintak dekat pengetua 8th En Ali bagi aku member untuk study.. Akhirnya dapatlah Norli duduk college. Start tu lah, memang semua benda nak buat , berjalan sama jer....
Pada aku, Norli nie cute...Suara dia lagi cute. tapi kalau dia bad mood tu, ngalah jelah....Tapi dia pandai, tak paham tanyalah dia.... mesti terang pandangan semua yang kabur..../
Tapi bila dia kena semput kesian betul...... Penat nampak... Tu jelah...Oh satu lagi dialah orang yang selalu bawak aku jalan temankan dia naik motor kemana-mana. Dan dialah yang memperkenalkan lasagna ( dah jadi favourite sekarang nie) kat aku. Sayang sangat kat dia..........
Second year, pada aku berlalu dengan ketenangan. I love my second year...lasy year teori of medical school... Lepas tu 3rd year dan seterusnya semua, hampir semua lah ..semua klinikal...hospital lah tempat ku....
3rd year, rasanya lama sangat kat sana... setahun..Cuti semester pun tak macam budak fakulti lain, sekejap sangat. Klinikal semua dekat hospital Klang. Ada sikitla dekat Hospital Banting. Dekat sana lah, rasa sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat. Kenapa yer.... Siksa betul rasanya.. Mungkin hidup aku kat sana pertama kalinya aku dikelilingi oleh budak medic sahaja. Nasib jugak ada Fidah dengan Norli.. Lepas tu, Shaheeda, Nani. Tu pun diaorang perasan aku nie gila-gila sikit. Jadi, kawan tak ramai, belajar lagi, tension sangat. Kalau dah stress tu, menangis jugak.
Sebab kadang-kadang weekend tak tau nak buat apa. Aku dah mula ikut shedah makan malam... kedai mamak. Best jugak. Tengok bola...tue... Hih..hih
Tapi 3rd year jugak lah aku start main macam-macam. Bola, Badminton, Volley ball, ping pong, bowling, roller skate, berbasikal keliling klang.... Best jugak bersukan nie. Tak pandai main dulu , skang nie semua dah terer... Last, boleh adapt dengan kesunyian tu... dan i still survive, walaupun 3rd year pun masa yang sangat kritikal. Study teruk jugak...sampai Fidah pun tensen.
Masa ni lah baru terasa duduk bersama-sama budak medic nie amat stress. Competition dahsyat , ada yang berlagak bagus pun ada..... tensen. Budak medic nie ramai yang senang, anak Lord la katakan.. keta besar-besar..... anak datuk, tan sri, dll. Tensennn..... Tak kata saya susah, tapi sederhanalah.... Dapat jugak kereta kancil merah , mak bagi pinjam. Boleh gak pergi merayau.. Tapi selalunya aku ikut keta yang lebih besar ler.
Tapi tahun ini juga lah,, aku mula berkomunikasi dengan pesakit, Masuk wad, melihat macam mana doktor kat hospital bekerja... Dan aku simpulkan. kerja di hospital sangat memenatkan dan mereka tidak bekerja dalam keadaan yang kondusif. Tak macam dalam filem la.
Antaranya, doktor (houseman la). kena pakai lab coat, baju dr tu dalam wad yang sesak, panas dan sempit tu. Susah nak duduk, Kerja banyak tak berenti ( 1 wad 60 pesakit 2-3 doktor je) belum on call tu. 60 pesakit , sorang je yang jaga. On call 24 jam + 8 jam +++ utk hari besoknya. 32 jam lah kerja terus , tak stop, nak pegi toilet je berenti. Kerusi yang ada pun kerusi dah menyembah bumi. selalunya dah tak boleh pakai pun .... Bayaran On call tak tau la masa tu... Kena bau najis hari-hari, kencing, muntah, terdedah dengan penyakit TB , HIV hari-hari. Masa nie pikir balik , kenapa lah aku nak jadi doktor nie......./ Takpe2x, sebab dah terlajak tahun... kita continue aje. Kalau tak lepas tahun nie, sangkut ke, aku nak amik subjek lain..........
Tup.tup masa 3rd year exam, lulus lak tu. Kecut perut nak gugur jantung semua adalah.............tapi bila dah lulus tu, final year kena duduk 6th college utk 2 tahun........Belajar lagi... kawan fax lain masa first year dulu banyak dah lepas, dah kerja pun..... dah kawin.....Ha..ha. Lagi lah ramai member dah hilang.... Tak tau lah habis 3rd year tu, ramai yang hilang dari pandangan dan hidup aku sebagai budak medic nie... Sekarang nie member aku semua budak medic lah..... tak kira lah .....Life must go on. Dan masuk final year aku dah ada satu lagi sport yang minat, tenis..... hari-hari jugak la main... maklumlah 6th college ada tenis court. Tapi aku tetap kawan dengan norli, walaupun pun dia tak main sport, tapi saat sedih aku, kat dia jugak aku ngadu....
Jadi sampai lah habis exam...dekat 6th... Lulus, cuti 2 minggu , terus kena kerja.... Aduh , baru habis belajar lima tahun, cuti kejap dah kena kerja.... secepat mungkinnnnnnnnnnnn
Tak banyak yang aku ingat dekat 6th college, sebab hidup sebagai pelajar perubatan dekat 6th...memang boring..... Huih, bygkanlah, 2 tahun yang boring.....
Semenjak aku pindah klang lah sebenarnya hidup aku berubah sama sekali. dan bila dah kena keja tu lah, kehidupanku sebagai dotor bermula......
citer kemudian la...

15 March 2009

Perjalanan Hidup Ku

Episod 2.

Semasa pendaftaran sebagai pelajar perubatan tahun pertama, aku tercampak di kolej keempat untuk orientasi. Takbest jugak sebab kolej orang. Tapi lama-lama ok jugak. Yang kagum tu, bila orang tau kita nie medical student semua nak tanya... Tanya sakit kulit lah, tanya darah tinggi la, Setahu aku jejak kaki kat fakulti belum lagi, buku pun tak sentuh lagi, macam-macam orang dah tanya ye.............Berat ni. Punyalah kita boleh lihat betapa percayanya mereka kepada bakal doktor yer.

Tapi, pandangan seram aku pada fakulti perubatan semakin bertambah-tambah bila masa orientasi di fakulti perubatan.

Apa lagi SENIOR !!!!!!!!!!!! Senior tempat lain tak de la tua sangat tapi kat faks medic nie, sbb ramai yang belajar lama , yang jadi bapak orang pun dah ramai gak. Hari pertama dak kena jerit! Oi?!!!!! budak freshie.... jgn angkat muka...... tunduk....... jgn tengok muka aku. Aku ingat lagi first day lagi kita semua dah kena duduk mencangkung depan fakulti pas tu bukak payung. Kih..kih..

Balik kolej empat , aku fikir, tak boleh jadi nie. Ni baru kat fakulti, belum kat 6th college, belum lagi kat hospital... Aku bukan nak sgt jadi doktor nie. Jadi aku ambik keputusan, aku akan menetap di 8th college untuk first year medic.........

Pejam celik , pejam celik habis orientasi, kehidupan sebagai pelajar perubatan aku pun bermula.... Rupa-rupanya keputusan aku untuk duduk 8th , satu 6th college dah tau, semua senior cari aku. Cari sampai kat lecture hall tu. kecutttttt.

Kena basuh habis. " kau duduk 8th tue kau boleh lepas ke,? Kau mesti tak past punyer? baik kau duduk 6th.. belajar ? Aku nak muka kau ada kat 6th minggu depan". Huih terngiang-ngiang kat kepala nie. Takpe, kan aku dah cakap sebelum nie ak ni kreatif kan. Jadi aku pujuk abah suruh beli motor, sbb 6th dengan 8th tu jauh, walaupun aku takde lesen!!! Tapi sebab dah janji yang takkan keluar campus punyer, maka dapat lah juga motor.

Jadi untuk hari-hari yang berikutnya aku selalu datang tepat-tepat masa kelas. Lepas tu masa balik , aku balik cepat-cepat. Selamat juga la.. senior tak dapat cari. Tapi apa-apa pun aku kena juga cari senior 2nd year sbb kena ada buddy, medic nie. Kalau tak , tak dapat soalan exam past year punya.

Cari-cari punya cari, dapat lah Kak Syaza. Dialah buak pompuan medic yang aku rasa pandai, cantik dan seksi. Ok lah tue. Selamat jugak.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan ke bulan. Rasanya tak paham apa yang aku belajar nie. Pegi kat bilik mayat tu je yang ok bagi aku. Itu pun sbb berborak..

Exam Semester satu semua D (gagal tu). Semester 2 (satu je Lulus, subjek anatomy je kot). Buddy aku dah bising dah," nie macam mana nie. Tu lah tak duduk 6th, kan tak boleh belajar".

Final exam dah nak dekat.. Oleh kerana aku nak buktikan aku duduk tempat lain , terjal , tak mengadap je buku tue boleh jugak pass, jadi 4 bulan sebelum exam aku dah study giler...... Ngadap buku lah.... Nyanyi - nyani jugak. Tapi study smart lah..................

Tuhan je tau stress nyer macam mana. Mata dah terbuka. sekarang nie nak gilap je. Nasib ada kawan yang membantu. Kalau kawan saya ni takde, susah jugak saya rasa. Terima kasih........

Akhirnya, exam final year aku lepas dengan tidak ada masalah langsung. Kena viva satu paper je la. Paper Biochemistry..... Susah giler. Nasib aku jawab dengan laju dan lancar. Dari 110 orang medical student. 40 orang kena ambik balik exam. (seingat aku la). Tapi aku boleh lepas. Dah boleh proceed 2nd year......... Akhirnya aku dah buktikan pada mereka..... nak berjaya tue, tak semestinya duduk 6th jer... yang penting rajin , tekun dan kreatif... Pas tu yang penting bila stress kena lah lepaskan.......Supaya pandangan masa exam tak la kaburrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Bersambung................

13 March 2009

Timang Timang Anakku Sayang

S. Effendi
Timang Timang Anakku Sayang

Timang timang anakku sayang
Buah hati ibunda seorang
Jangan menangis dan jangan merajuk sayang
Tenanglah tenang di dalam buian
Betapakah hati kan ria
Ingat kau begurau dan ketawa
Semogalah jauh dari marabahaya sayang
Riang gembira sepanjang masa
( korus )
Setiap waktu ku berdoa
Pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Jika kau sudah dewasa
Hidupmu bahagia sentosa
Timang timang anakku sayang
Kasih hati permata ibunda
Tidurlah tidur pejamkan mata sayang
Esok hari bermain kembali
(solo )
( ulang korus )
Esok hari bermain kembali ( 4X )

Sedih Rasanya.......

Hari ini saya bekerja , maklumlah negeri di tempat saya bekerja sekarang cuti umum. Jadi on-call lah. Pagi yang cukup tenang bagi saya pada mulanya. Maklumlah hari pertama cuti sekolah bagi tahun 2009. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang keluar di waktu pagi dan mungkin kebanyakkan keluarga sudah mula bercuti.


Tapi tepat pukul 12 tengahari, tanggapan saya meleset. Semakin ramai yang membanjiri Jabatan Kecemasan Banyak yang demam, sakit kaki, asthma dll. Cuma yang saya sedih ialah kerana peningkatan pesakit yang dikategorikan sebagai pelajar sekolah (yang bercuti sekarang).


Mungkin ibubapa sudah terbiasa, di waktu pagi anak kesekolah, tiada hingar bingar, tiada pengawasan hingga lupa sebenarnya anak-anak mereka ada dirumah, gembira dengan suasana cuti ini.


Hingga banyak kes yang saya terima pada hari, juga boleh di kategorikan sebagai punca kelalaian ibubapa sendiri. Selalunya kes ini dikategorikan kes kemalangan dirumah.



Kes yang saya paling sedih pada hari ini.



Seorang kanak-kanak perempuan, berumur lebih kurang sebelas tahun. Telah tiba di kecemasan ini kerana terbakar seluruh badan. Puncanya, kerana perasaan ingin tahu yang amat kuat, abang kepada pesakit ini telah menyalakan api menggunakan pemetik api dirumah dan menyalakan minyak petrol motosikal yang bocor didepan rumah diperhatikan adik yang lain. Ketika itu ibubapa tiada dirumah. Abang dan 2 adik yang lain cedera ringan. Tetapi pesakit saya yang 11 tahun ini amat menyedihkan hati saya. ( 3 kesalahan disini, a. Pemetik api yang tidak diletakkan ditempat khas, b. tiada pengawasan ibubapa, c. kebocoran minyak motor dan diletakkan dikawasan rumah).


Bayangkanlah seorang budak perempuan, berumur sebelas tahun, menahan kesakitan terbakar itu. Rambut, muka, badan dan kaki hangus seperti daging bakar. Baunya menusuk kehidung. Bayangkan jika kita yang terkena minyak panas sudah menjerit kesakitan, inikan pula api yang membakar. Kulitnya yang putih menjadi hitam , rambut yang cantik gugur terbakar, wajah kecil yang manis kini mula membengkak. Kulit yang dulu melekat dengan isi, kini bila tersentuh tersiat dengan dan tertanggal dengan mudah.


Hati saya seperti dihiris pedih melihat kanak-kanak itu. Tidak terdengar langsung tangisannya. Hanya terdiam, mungkin terkejut.


Sebagai seorang profesional, diketepikan segala perasaan ini. Kanak-kanak ini memerlukan rawatan rapi. Mulutnya yang mula membengkak perlu dimasukkan tiub pernafasan. Jika tidak sekarang, pasti nanti apabila bengkak bertambah kanak-kanak itu tidak mungkin akan dapat bernafas lagi.


Disaat ini, menyesal ibunya juga sudah tidak berguna, jika dipersalahkan si abang , apalah yang dia faham tentang bahaya minyak petrol. Sedikit percikan api boleh menyambar seperti kilat.

Disaat inilah, baru terdetik di hati, baris ayat, "kalaulah saya berada di saat itu.....!!!"


Setelah dimasukkan tiub pernafasan, adik itu perlu dimasukkan ke bilik pembedahan. Disini, pembedahan escharotomy dilakukan (bahasa umumnya adalah , perlu di buat sisipan halus di kulit untuk mengelakkan bengkak itu menghalang pengaliran darah). Selepas itu dia akan dimasukkan ke ICU untuk rawatan selanjutnya. Keadaan adik itu sungguh bahaya kerana kebakarannya hampir 70%.


Sebagai seorang profesional juga saya bersedih sekali lagi, walaupun adik ini sudah mendapatkan rawatan awal, namun kami semua tahu komplikasi akibat terbakar ini banyak. Ramai pesakit yang begini akhirnya menemui ajal juga kerana masalah jangkitan kuman. Ini kerana kulit yang merupakan organ kita yang terbesar dan yang melindungi kita dari kuman-kuman bahaya telah hilang dan ini memudahkan lagi kuman bahaya diluar menyerang.


Andai kata umur adik ini masih panjang , bayangkanlah masa depannya. Sebagai seorang perempuan, mukanya habis terbakar, jika sembuh penuh dengan parutan. Masa depannya juga kini juga kaburrr..............................


Hati saya berasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap adik itu. Walaupun ibu bapa boleh kata itu sudah takdir, tapi pada saya , sebagai manusia....Saya percaya bahawa Allah akan membantu orang yang menbantu diri dan keluarganya sendiri dahulu di tambah dengan doa dan keimanan kita sendiri.


Fikirkan......
Bukan pesakit sebenar....., Tapi keaadaan adik itu lebih serius.






Jerat (Harvey Malaiholo)
Kala pertama ku pandang
Pesona di wajah mu
Saat itu hati ku kan terpana

* :
Tiada ragu lagi
Tiada bimbang lagi
Semuanya ini ku miliki
Gelisah jiwa ku ini
Dilanda bayangan mu
Kan mengkoyak dinding keangkuhan ku
Kau ciptakan rindu
Kau buat hati ku terjerat tali cinta
Resah... resah
Tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu
Mimpi... mimpi
Kan terasa oh sepi
Bila kau tiada
Tanpa kau senyum mu
( Ulang Rangkap * )

12 March 2009

Perjalanan Hidup Saya Sebagai Pegawai Perubatan

Perjalanan Hidup Saya Sebagai Pegawai Perubatan

Episod 1

Tidak pernah terfikir semasa saya di bangku sekolah mahupun semasa di asasi (di Universiti Malaya pelajar matrikulasi dikenali sebagai Asasi) bermimpi untuk menjadi seorang doktor. Jadi jururawat pun tidak. Mana tidak, boleh dikatakan di semua peringkat pembelajaran, saya ini dikategorikan sebagai sederhana (atas pagar). English tak bijak, Math, lagi tak bijak, Sains, pass tu boleh lah, excellent tak pernah. Kalau nak bandingkan class mate. Memang ramai lagi terer. Cuma yang saya tahu la, walaupun saya tak berapa bijak, saya nie rajinla jugak….kreatif. imiginasi luas……dan sedikit over.

Sudah ditakdirkan semasa nak isi borang pilihan fakulti, tergerak nak tulis Fakulti Perubatan. Masa tu cukup confident tak dapat , sebab dah tau keputusan exam mesti bukan A semualah. Member yang lebih pandai pun tak mintak sebab kata sure tak dapat. Niat di hati biarlah pilihan kedua tu dapat.. Architecture….

Sebulan menunggu, amatlah terkejutnya kerana pucuk tak dicita, ulam yang datang. “ANDA DITERIMA KE FAKULTI PERUBATAN , UNIVERSITI MALAYA”. Tak terkata-kata rasanya. Kawan yang cerdik pandai tu memanglah dapat tapi saya yang terjal ini diterima juga. Fikir balik, kenapa ye…. Dah tak cukup orang ke?

Tak tau dah nak jawab pada rakan-rakan, kenapa pilik perubatan . Ada yang kata susah, ramai yang sangkut, Nanti kehidupan saya akan tersekat macam ulat buku. Dah rasa nak tukar fakulti dah.

Tapi, sebab mak abah dah tau, nampak mereka gembira sangat dapat tahu saya dapat masuk fakulti perubatan. Rasa tak sampai hati pula nak mengecewakan mereka. Akhirnya kata-kata ini juga yang saya pegang sampai sekarang “Kehidupan mesti diteruskan, jangan berputus asa, jangan kalah sebelum pergi berperang”.

Akhirnya, saya pasrah. Teruskan juga walaupun rasanya masa depan tu kabur sungguh. ( sebab dah tau saya nie tak bijak sangat, entah lulus entah tidak). Kaburrrrrrrrrr



Bersambung..................
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana melawat blog ini. Mungkin tidak begitu menarik, sebab saya ini baru beginners. Baru nak belajar. Terima kasih kepada kawan lama yang memperkenalkannya kepada saya.

Tujuan blog ini mungkin untuk saya menulis beberapa perkara yang saya pelajari sekarang ini. Jika ada kesalahan, harap maaf . Mungkin lebih banyak lagi yang perlu saya pelajari.