28 February 2010

Sesuatu Yang Menakutkan



APA YANG ANDA FIKIRKAN?



ADAKAH ANDA TAKUT?



JIKA INI IBU ANDA?

APAKAH PERASAAN ANDA?


MAMPUKAH ANDA MELIHAT?

MAMPUKAH ANDA MEMBANTU?

p/s: Banyak lagi gambar..tapi ngeri sgt....

Saya pasti kepada mereka yang melihat gambar ini akan terdetik dihati mereka .........

Apa yang berlaku? Kenapa boleh jadi macam ni?. Atau Seramnya??!!!! Takutlah nak tengok ???!!! Tak sanggup.....?!!!!!! Takut????!!!!!!

Emmmmm.......kalau anda ada perasaan , anda memang normal.. Anda manusia yang penuh perasaan......

Cuma yang menakutkan saya sekarang ni, saya yang tiada perasaan itu. Sudah begitu kebal jiwa saya ini pada kesakitan, kesedihan , kesusahan dan kematian. Seolah-olah saya ini seperti tidak ada perasaan . Mana prginya jiwa saya yang bergelar seorang insan.....mmmm tak tahulah...

Rasanya, penyakit ini dah sebati, sudah menjadi isi.

Gambar pertama : Seorang tua, yang berumur 69 tahun, dibelasah sehingga begitu, beliau pengsan dan tidak sedarkan diri. Dibelasah kerana dirompak oleh perompak durjana cisssss......

Tapi yang peliknya, aku seperti kebal......... bila dgr cerita macam ni...ok ok..... dan terus merawat...macam takde apa-apa

Gambar kedua: Sebenarnya, gambar itu, ibu saya sendiri, tapi apa yang aku mampu lakukan? Yang menakutkan saya dah menganggap ibu saya sebagai pesakit " Jangan lah risau mak, takde apa apa, yang serius"....... Sepatutnya semua org patut risau, mak sakit tu....mmmmmmm tak patut aku ni

Gambar ketiga: Gambar accident tu, Yang terkeluar tu tulang... Sakit.......

Apa yang aku buat.....lepas buat rawatan buat semua, aku cakap." Ok dik masuk wad, kena operate yer. "......Kalau aku ni kakak dia, mak dia ke mesti dah jerit........

Tolonglah...adakah aku ini sudah tiada perasaan...... 10 tahun kerja,,, perasaan yang sama...

adakah ini benar, dan mungkinkah yang bekerja seperti ku mempunyai perasaan yang sama.......

Celaru

19 February 2010

Jutawan Senyap

Baru habis baca buku " Jutawan Senyap" tengah hari tadi dalam masa dua jam. Maklumlah hari Jumaat, orang lelaki pergi Solat, aku pergi "library" baca buku motivasi nak mencari duit nih. Heh..heh, macam takde kerja lain. Tapi inilah masa yang dapat aku curi untuk membaca bahan seperti ini. Kalau baca textbook , ngantuk la mata aku nih, dari nak baca, jadi baca dalam mimpi nanti.

Buku " Jutawan Senyap" ni ditulis oleh Chef Li atau nama sebenar Dr. Rusly Bin Abdullah. Aku tak tau lah dia ni jutawan ke tak tapi aku rasa dia ni Jutawan kot sebab dah buat buku camni...... Terbitan tahun 2005. Aku tak tau la org lain, tapi aku nilah pertama kali baca. Agaknya dah ramai org dah baca buku ni, cuma aku jer yang tak nampak...heh...heh.

Buku ni mengisahkan tentang mereka yang berjaya menjadi usahawan yang berjaya dengan bermodalkan modal yang kecil, jualan kecil-kecilan di pasar malam dan akhirnya berjaya....
dalam bank juta-juta , tapi low profile, still meniaga pasar malam. Hidup pun senang orang tak kenal...... Ada yang memang mula dgn kerja makan gaji tapi sanggup jugak erhenti utk mengejar impian...

Tujuan dia , nak menyedarkan kepada semua orang kita, supaya menjadi org yang berwawasan, dan bercita-cita tinggi. Jangan tinggal di comfort zone....
Tu lah, ila habis baca , mmg rasa nak berenti kerja jugak......

Cuma, kita kerja ni, mmg kena ada niat, kalau pk duit, tu lah, terpaksa lah berusaha..lebih.
Kalau nak tolong org jadi macam saya lah....dan lain....tapi tak lah hebat pun....

Citer pasal kerja ni, dari dulu aku tabik betul orang jkertja bomba tau.....
Kenapa? Hah : Apa beza askar, polis, doktor, dgn bomba?

ASKAR: pakai uniform, hebat, tapi sebab skang takder perang hebat jadi dia org kira dalam fasa cool.

POLIS : Lagi hebat, Boleh tembak-tembak. tangkap org jahat, mengagadai nyawa, tapi sbb ramai jgak yang rasuah tercalar skit lah imej tuh

DOKTOR: Ni lah kerja yang paling glamer, sbb kena pandai, tolong orang dalam kesakitan, dapat byk duit.....
risiko dapat kuman...semua ada.... Tapi org komplen jugak, masuk tv masuk newspaper.

BOMBA: Aku tak tau la org lain, tapi aku anggap , ni la kerja yang paling low profile, tapi bidang kerja banyak tu........
Dari udara sampai dlm laut
dari selamatkan org di tempat yang paling bahaya sampai selamatkan binatang atas pokok, semua dia buat....
Aku respect giler, skang ni diaorg belajor lagi cara nak bagi bantuan kecemasan....huh hebat..........nak kata perang, jalan kat malaysia ni mmg dah macam medan peperangan dah...hari-hari panggil bomba.....
kesian dia orang.

Ni gambar kenangan dgn batch bomba yang ketiga
belajar emergency basic.


Takpa lah, masing-masing ada persepsi yang berlainan pasal kerja, pada saya yang paling cool mmg lah bomba, pasal kerja tempat hot, Tapi kalau pk duit, org byk duit lah yang paling hot......

Tu je lah utk hari ni..lain kali citer lagi

10 February 2010

Episode 5: kehidupan ku

Akibat Kemalangan
Gambar hiasan : kalau tak takut darah , boleh tenung

Kepada sesiapa yang mengikuti episod kehidupan saya, ini adalah sambungan bagi cerita sebelumnya. Saya simpulkan bermula dari mula-mula sekolah, hingga ke universiti dan akhirnya menjadi pegawai perubatan siswazah di HKL.... Ehem..ehem, akhir sekali sewaktu saya menjalani posting di Jabatan Perubatan.


Selepas tamat tempoh di Jabatan Perubatan aku pergi Ke Jabatan Pembedahan. Huiih !! Khabar angin kerja sebagai houseman di pembedahan (surgery) ni tak penat... rilek jer. Memang betul pun. Tak macam di Jabatan Perubatan yang rasa nak muntah tengok pesakit, tapi wad pembedahan........... mmmmm sangat tenang sekali. Sebab kebanyakkan yang masuk wad, yang muda-muda, yang sakit perut, yang sakit belakang......yang tua pun masuk jugak, tapi dah teruk juga lah. Yang wad perempuan lak, yang masuk pasal masalah breast lump, bengkak sana-bengkak sini, yang teruk pun ada . Tapi kalau wad perempuan geng hoseman lelaki lah yang suka....heh..heh......ooooop takleh cakap lebih..nanti kena tangkap.


Bukan sahaja pesakit dia best, tetapi pakar dia pun best, sporting, ceria, hensem, ramai dah kahwin lah..... Tapi sbb lelaki kan, kita org yang houseman perempuan banyak lak yang single. Apa lagi, ULAT BULU DAH NAIK DAUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!! boleh tahan.......heh..heh. Gurau jer...Jangan marah yer boss.


Di wad pembedahan aku ditempatkan di wad perempuan dulu, wad breast and endocrine. Sibuk jugak. ramai pesakit, lagipun aku pompuan kan....... jadi biasa je lah.Banyak jugak yang aku belajar, pergi OT, amik spesimen,, kejar sana.kejar sini..........telipon sana, telipon sini......bosan......

Pasal berkaitan dengan sample tissu tu lah aku tak minat..... Memang tak hingin lah nak terlibat dalam tisu-tisu ni (contohnya: sebagai patologist ke, surgeon ke, hematologist, derm ke, dll).

Lepas tu kat OT tukang jadi pemegang retractor jelah...... mengaku sampai sekarang, tak tau lagi benda nama retractor2x terlibat......heh...heh.....


Habis wad perempuan, pergi wad lelaki........

Hah.....disinilah saat sedih....cemas....gembira....lucu semua ada. Seperti yang dimaklumkan kalau wad lelaki ni pesakitnya boleh tahan lah...... ramai yang muda.... maklumlah..asyik accident jer...... Tapi yang paling aku takut, sampai sekaranglah pesakit Upper GIT bleed (muntah darah).


Pernah satu hari, masa tu aku tak on-call. Pass over jer dari org malam kata ada satu patient upper Git bleed, hamba Allah kata ,patient tu ok... tapi bila aku sampai kol 7 pagi utk morning round, aku terkejut tgk patient tu masyaalah putih gila.... PUCAT.... umur pakcik tu baru 50an lah. Aku terus amik darah dia dan pergi lab dengan sendiri dan cari result dan masyaalah , darah merah dia 3 jer ( padahal normal sepatutnya 10-13. Terkejut, terus inform pakar yang buat scope...dan specialist order hantar sekarang.... Yang silap aku tak dapat jumpa Pegawai senior lain...... rupanya ada kat wad perempuan jer......


Pesakit dah tak stabil tapi kami hantar juga ke bilik scope.....sebab dgn scope mungkin dapat jugak cari punca pendarahan dan boleh dilakukan rawatan segera.

Sampai di bilik scope, tiba-tiba, pesakit muntah darah dengan banyaknya didepan saya dan semua pakar...rasanya 1/2 baldi...macam air paip yang merah..dan selepas tu pesakit tu terus senyap dan tak bernyawa.......kaku.....bini dia ada kat tepi meraung-raung sedih. Hati saya dah sedih kerana pesakit pergi begitu cepat dan aku terkedu aku tak boleh melakukan apa-apa.......


Puas kena marah. kena lecture dgn specialist,, tambah lagi dgn pegawai senior.....Aku jugak lepas tu kena hanta mayat naik atas wad balik...konon-kononnyer macam tido.... Padahal dah jadi mayat. Kepada pelawat -pelawat hospital, tu pasal kt tak galakkan sangat pi, hospital. Mana tau org yang kita sorong tu dah matikan......


Sampai wad, tulis note pesakit...kena marah lagi... lepas tu aku senyap-senyap gi tangga ..nangis sorang-sorang... Tak sapa tau kot.... sedih sangat...sebab aku rasa salah aku pesakit tu pergi buat selama-lamanya........


Sampai sekarang, terasa sedihnya.......... tu pasal kalau pesakit mcm ni aku beria-ia nak selamatkan... buat kerja cepat...jgn lngah-lengah...nyawa org bukan buat main.....

aku mesti belajar menyelamatkan org selagi upaya...... walaupun ajal dan maut di tangan tuhan.



Pesakit kedua yang aku ingat ialah seorang lelaki muda, umur lebih kurang 23.....Masalah hempedu bengkak sehingga hati dia rosak... dia ada masalah paru-paru berair atau pleural effusion dan kami tepaksa menebuk dadanya, (chest tube sebab dah banyak sangat ) tapi masalah dia tak pernah selesai. Dia budak baik, cakap sopan santun , mak dia pun baik...tetapi hati saya merasa dah terlalu banyak kesakitan dia tanggung. ,macam-macam perkara beliau lalui.... Namun akhirnya dia kembali juga sebab penyakit dah kritikal sangat......kesian..........


Sedih jugak dengar, dia meninggal.. masa tu aku dah habis dah ......dah jadi Medical Officer.


Tapi saat paling lucu,, sewaktu bersama rakan seperjuangan lain..... Semasa di surgeri Sekali lagi aku bersama Shaheeda, Dr siti Zubaidah dan lain-lain.. Tapi kami bertiga memang kamcing... kaw..kaw punya...Buat jahat pun sama-sama...


Sebagai houseman , kami di surgeri ada bilik on-call, tak macam jabatan lain lah.... Cukuplah, ada katil spring tu, tilam bantal , kipas syiling .... tu jelah.. Pas tu nak buat air kita orang bawaklah cerek sendiri........ Malangnya cerek tu wayar dia pendek, plug dia dekat tepi katil..

Sebab nak masak air punya pasal, terpaksalah letak kat atas katil...
nak cari nahas....


Satu hari, Shaheeda ni yang mmg suka makan dan minum....Aku pun sama masa tu suka gak. Panaskan lah air...sebab pesakit takder, kitaorg borak lah ramai-ramai dalam bilik tu....borak punya borak shaheeda ni duduk atas katil dengan ganasnya.....

keplusssh..........ADOOOOOOIIIIIII... air panas tadi sudah membasahi katil dan menyirami kesuluruhan ponggong shaheeda ni. kih...kih...... habis melecur... kesian dia ...berbulan-bulan lawak punggung sheeda terbakar jadi bahan ketawa...pun kalau aku jumpa dia, buat lawak yang sama jer.........


Pas tu dia kena dressing kat burn unit, hai punggung yang kecik terus jadi punggung yang hebat sebab dah kena alas dengan dressing yang banyak...... Dia pulak tak tahan sakit "Morphine...morphine" ingat lagi dia menjerit..............heh...heh......


Banyak lagi kat surgical ni..tapi tujelah yang best yang aku ingat...................lain-lain kalau teringat aku cerita.....


Lepas ni kat Jabatan Sakit Puan dan Bersalin


TQ