Hari ini saya bekerja , maklumlah negeri di tempat saya bekerja sekarang cuti umum. Jadi on-call lah. Pagi yang cukup tenang bagi saya pada mulanya. Maklumlah hari pertama cuti sekolah bagi tahun 2009. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang keluar di waktu pagi dan mungkin kebanyakkan keluarga sudah mula bercuti.
Tapi tepat pukul 12 tengahari, tanggapan saya meleset. Semakin ramai yang membanjiri Jabatan Kecemasan Banyak yang demam, sakit kaki, asthma dll. Cuma yang saya sedih ialah kerana peningkatan pesakit yang dikategorikan sebagai pelajar sekolah (yang bercuti sekarang).
Mungkin ibubapa sudah terbiasa, di waktu pagi anak kesekolah, tiada hingar bingar, tiada pengawasan hingga lupa sebenarnya anak-anak mereka ada dirumah, gembira dengan suasana cuti ini.
Hingga banyak kes yang saya terima pada hari, juga boleh di kategorikan sebagai punca kelalaian ibubapa sendiri. Selalunya kes ini dikategorikan kes kemalangan dirumah.
Kes yang saya paling sedih pada hari ini.
Seorang kanak-kanak perempuan, berumur lebih kurang sebelas tahun. Telah tiba di kecemasan ini kerana terbakar seluruh badan. Puncanya, kerana perasaan ingin tahu yang amat kuat, abang kepada pesakit ini telah menyalakan api menggunakan pemetik api dirumah dan menyalakan minyak petrol motosikal yang bocor didepan rumah diperhatikan adik yang lain. Ketika itu ibubapa tiada dirumah. Abang dan 2 adik yang lain cedera ringan. Tetapi pesakit saya yang 11 tahun ini amat menyedihkan hati saya. ( 3 kesalahan disini, a. Pemetik api yang tidak diletakkan ditempat khas, b. tiada pengawasan ibubapa, c. kebocoran minyak motor dan diletakkan dikawasan rumah).
Bayangkanlah seorang budak perempuan, berumur sebelas tahun, menahan kesakitan terbakar itu. Rambut, muka, badan dan kaki hangus seperti daging bakar. Baunya menusuk kehidung. Bayangkan jika kita yang terkena minyak panas sudah menjerit kesakitan, inikan pula api yang membakar. Kulitnya yang putih menjadi hitam , rambut yang cantik gugur terbakar, wajah kecil yang manis kini mula membengkak. Kulit yang dulu melekat dengan isi, kini bila tersentuh tersiat dengan dan tertanggal dengan mudah.
Hati saya seperti dihiris pedih melihat kanak-kanak itu. Tidak terdengar langsung tangisannya. Hanya terdiam, mungkin terkejut.
Sebagai seorang profesional, diketepikan segala perasaan ini. Kanak-kanak ini memerlukan rawatan rapi. Mulutnya yang mula membengkak perlu dimasukkan tiub pernafasan. Jika tidak sekarang, pasti nanti apabila bengkak bertambah kanak-kanak itu tidak mungkin akan dapat bernafas lagi.
Disaat ini, menyesal ibunya juga sudah tidak berguna, jika dipersalahkan si abang , apalah yang dia faham tentang bahaya minyak petrol. Sedikit percikan api boleh menyambar seperti kilat.
Disaat inilah, baru terdetik di hati, baris ayat, "kalaulah saya berada di saat itu.....!!!"
Setelah dimasukkan tiub pernafasan, adik itu perlu dimasukkan ke bilik pembedahan. Disini, pembedahan escharotomy dilakukan (bahasa umumnya adalah , perlu di buat sisipan halus di kulit untuk mengelakkan bengkak itu menghalang pengaliran darah). Selepas itu dia akan dimasukkan ke ICU untuk rawatan selanjutnya. Keadaan adik itu sungguh bahaya kerana kebakarannya hampir 70%.
Sebagai seorang profesional juga saya bersedih sekali lagi, walaupun adik ini sudah mendapatkan rawatan awal, namun kami semua tahu komplikasi akibat terbakar ini banyak. Ramai pesakit yang begini akhirnya menemui ajal juga kerana masalah jangkitan kuman. Ini kerana kulit yang merupakan organ kita yang terbesar dan yang melindungi kita dari kuman-kuman bahaya telah hilang dan ini memudahkan lagi kuman bahaya diluar menyerang.
Andai kata umur adik ini masih panjang , bayangkanlah masa depannya. Sebagai seorang perempuan, mukanya habis terbakar, jika sembuh penuh dengan parutan. Masa depannya juga kini juga kaburrr..............................
Hati saya berasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap adik itu. Walaupun ibu bapa boleh kata itu sudah takdir, tapi pada saya , sebagai manusia....Saya percaya bahawa Allah akan membantu orang yang menbantu diri dan keluarganya sendiri dahulu di tambah dengan doa dan keimanan kita sendiri.
Fikirkan......
Bukan pesakit sebenar....., Tapi keaadaan adik itu lebih serius.

Anak merupakan anugerah Tuhan yg tak ternilai. Amanah menjaga anak sudah semakin kurang diberi perhatian. Kita selalunya mengejar kekayaan dan kemajuan tetapi terlepas pandang kepada amanah yg asas ini.
ReplyDeleteTiada siapa yg menyukai bilamana musibah atau tragedi menimpa diri. Doa, perhatian dan peringatan yg lebih terhadap sikecil sekurang-kurangnya mampu mengelak takdir buruk. Sayangilah anak. Luangkan lebih sedikit masa bersama mereka. Jangan biarkan sikecil itu menjadi mangsa kepada persekitarannya. Dia tidak tahu apa-apa.
Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Namun, semakin ramai sanggup meredah hujan asalkan dapat sampai ke destinasi. Kesudahannya, dia tidak mampu berbuat apa2 pun kerana basah dan kesejukan. Silap2 boleh dapat sakit atau demam.
p/s: kalau kita pergi ke tempat tiada kemudahan internet spt luar bandar, sama2 sampaikan mesej ini. Sudah pasti mereka takkan dapat baca ini.
aduhai Drbie,
ReplyDeletesaya dengar pun naik ngeri....kesian sungguhlah.
terima kasih kerana memberikan peringatan seumpama ini...
huhuhu