16 May 2009

Minggu Paling Stress

Hati ibu mana yang tidak sedih, tidak stress jika anak mereka tidak sihat. Walaupun aku ini seorang doktor, memang betul lah tata etika kerja kami bahawa kami tidak boleh merawat ahli keluarga sendiri. Orang lain yang kami rawat dengan iklas tapi ahli keluarga sendiri yang terabai...... Sedih. Walaupun untuk menyesal tiada berguna, tetapi itulah realiti kehidupan seorang pegawai perubatan (doktor). Apa yang penting , hidup harus diteruskan..............

Bagaimana semua ini terjadi, serba sedikit saya ceritakan.

Saya pengidap Asthma ringan , begitu juga anak yang sulong. Kami berdua memang menggunakan ubat asthma dan selama ini tiada masalah dan kami semua aktif. Anak saya yang Kedua, sihat, cuma orangnya kecil sedikit. Yang nombor tiga, dari segi zahirnya, orangnya nampak sihat. Tapi sebab kami mempunyai genetik asthma yang kuat sememangnya besar kemungkinan anak saya yang lain juga mengidap penyakit yang sama.

Jadi, Ilyana (yang nombor tiga ni lah) , sememangnya sudah ada ubat nya tersedia dirumah, Memang sudah lama Ilyana batuk Asthma ringan tetapi baik dengan ubat. Tak terlintas pula di fikiran saya untuk membawa dia ke klinik untuk pemeriksaan kerana beliau nampak sihat.

Masalah timbul , apabila Ilyana mula batuk kuat selama seminggu berselang dengan demam yang panas. Aku sudah mulakan sekali rawatan antibiotik dan nebulizer di Kecemasan tetapi tidak berkesan langsung. Dan akhirnya, yana menjadi semakin kurang aktif dan berdiri pun tidak berdaya. Tidur nya terganggu semalaman. Silapnya, Ilyana tidur dengan pembantu ku, dan perkara ini tidak diberitahu. Pernafasan nya semakin laju dan sudah semakin parah.

Bergegas juga aku dan suami ke Jabatan Kecemasan pada pagi 10/5/09. Sampai disana suhu Ilyana mencecah 40.5 darjah celsius. Kadar pernafasan 60 dan oksigen dalam badan berkurang kepada 94%.

Aku memang risau, tetapi sebab sebagai doktor aku tidak menunjukkan tanda cemas. Tetapi disebabkan ini jugalah aku amat kesal disebabkan aku doktor semua ingat aku tahu apa yang aku lakukan.. biar aku rawat sendiri keluarga . Dan sesungguhnya aku tak mampu rawat mereka sendiri......................................................................................................................................
Tambah sedih lagi, ubat masukkan sendiri, cari doktor lain tuliskan case note sendiri, pergi x-ray sendiri. Check balik sendiri........ Bestnya jadi org tak tau, semua kita buatkan. Lagi komplain.........

Nasib ada juga kawan yang rela merujuk anak aku ke doktor kanak-kanak. Kalau tak rujuk sendiri jugak. Disebabkan dah teruk, akhirnya Ilyana masuk wad 6S HUSM.


Hari pertama lyana masuk wad, Oksigen dipasang. dan Nebuliser diberikan sekerap mungkin. Makan langsung tidak mahu Susu pun tidak. Terpaksa juga lah masuk drip. (air). Darah bld c&s diambil bersama yang lain. Sepanjang malam yana menangis, demam tak kebah. Tapi alhamdulillah, boleh jugak dia tidur nyenyak sekejap.


Hari Kedua

Ilyana tidak menangis lagi, tetapi semakin kurang demamnya, Antibiotik berkesan. Ilyana dilihat oleh pakar dan disahkan menghidap asthma dan perlu diberi ubat inhaler secara tetap sehingga dewasa.


Walaupun aku doktor, konsep kelas pertama tak wujud seandainya jika pesakit tersebut tidak stabil/ tenat/ penyakit bahaya. Jadi kami di letakkan di wad biasa. dalam katil baby.


Pada hari ketiga, Pada 12 /5/2009 yana dibenarkan pulang, dengan inhalernya. Maklumlah terpaksa juga balik disebabkan aku on-call pada petang hari tersebut.

Ilyana, nampak sihat di hari ketiga.

Pada malamnya aku bertugas seperti biasa, sesekali bertanya juga khabar Ilyana, nampak sihat tetapi perlu dengan ubat.


MASUK WAD KEMBALI

Ingat sudah selesai masalah Ilyana, tatkala menulis post ini aku masih berada di wad lagi. Pada hari kedua selepas pulang aku dikejutkan dengan satu panggilan dari HUSM yang mengatakan aku harus membawa yana kembali ke wad keran keputusan darah anak ku terdapat sejenis kuman ( gm positive diplococci) yang boleh menyebabkan jangkitan ke selaput otak (meningitis). Jika tidak dirawat akan membahayakan Ilyana dan kami sekeluarga. Rasa lemah lutut mendengar berita ini. Lagi, pihak hospital takut ialah kami berasal dari Melaka dan bapa Ilyana ada pulang ke Melaka dan mereka takut kes di Melaka berlaku di Kelantan.

Sampai di HUSM Ilyana disuruh pakai pelekap muka (mask). Dan kami ditempatkan dibilik isolasi. di pintu ditampal STRICLY ISOLATION. Huh..... macam dalam penjara lah bila kena kuarantin. Kami sekeluarga di beri ubat bunuh kuman tersebut. Anak aku dan pembantu juga perlu makan ubat.

Yang kesian Ilyana, menangis lagi dia apabila sekali lagi dicucuk jarum, diambil darah..........Takpalah nak baik punya pasal.

Pihak Jabatan Kesihatan Kelantan pun datang jumpa kami sekeluarga........takut kami dah sebarkan pada org awam.


Ilyana sememangnya sudah sihat.

Dan pada hari ini, aku di beri tahu bahawa kuman itu adalah Moraxella Catarrhalis. Jarang jugak jumpa tu.... tapi boleh dirawat Alhamduliilah.

Sekali lagi , terdetik di hati ini, mungkin adakah ini kerana salah aku, seorang pegawai perubatan yang membawa kuman kepada keluarga mereka. Ini kerana kuman itu memang jarang sekali dijangkiti orang awam melainkan di kawasan hospital. Sedih........................................................

Atau aku sememangnya sudah banyak berdosa...............................................................................

Ya, Allah ampuilah dosaku ini, Jangan lah Kau tunjukkan siksanya melalui anak-anak ku atas kesilapan ku sendiri.

Kini, aku masih di wad, memanjangkan doa untuk kesihatan kami sekeluarga,,,,,,

dan beginilah kerja doktor , risiko bukan kami tanggung sendiri tetapi ahli keluarga juga ................

Dan apa yang orang awam katakan................. Bahawa Doktor Goyang Kaki..............................

TQ

SELAMAT HARI JURURAWAT

SAMPAI SYURGA-FAIZAL TAHIR


ku membenarkan
jiwaku tuk mencintaimu
ku persembahkan hidupku
tuk bersama kamu
dan diriku untuk kamu
belum pernah kumerasai begitu

semua itu telah berlalu
harapanku palsu
dan mungkin hari yang satu
terus ku tertunggu
di hatiku masih kamu
belum pernah ku ingin terus memburu

*aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingiku
aku fahami aku
bukan terbaik tuk dirimu

#sampai syurga kumenunggu
sampai syurga ku cinta mu
hanya satu
hanya kamu

ku membiarkan hatiku
tuk merinduimuku
menghamparkan sakitku
tuk tatapan kamu

bersamamu harapanku
hilang dalam terang
yang membutakanku

dan segala yang ku ada
ku berikan semua
tuk dirimu saja

kumahu dirimu
bahagia tuk selamanya
biar sampai syurga
aku menunggu
cinta darimu
agar ku sempurna

namun aku tetap aku
yang terbaik tuk diriku
hanya satu

ulang: *

06 May 2009

Lawatan Kesihatan ke Penjara Machang , Kelantan (MERCY)

Terperanjat juga mulanya bila Dr Zaki menjemput saya dan Dr Roshidah mengikuti lawatan Mercy ke Penjara Machang pada 2/5/09 untuk mobile Clinic.... Dalam hati terdetik. PENJARA !!!! Gilor!!! Biarlah orang lelaki pergi.



Hari berlalu, memang tak terlintas pun untuk pergi, tetapi disebabkan Dr Zaki baru habis on-call, Dr Roshidah terpaksa on call pada hari itu maka, aku terpaksa menggantikan dia... Dr Azhar dan Dr Sauki pula mengharapkan kami berdua yang pergi, menyediakan power point ceramah dan seterusnya juga memberi ceramah...........Hish.



Disebabkan, aku ni lembut hati, buat jugalah segala persediaan yang patut.. Pada hari yang dimaksudkan, kami dikehendaki menunggu di hadapan Jabatan Kecemasan pada pukul 7.30 pagi walau sebelumnya aku tidur lewat, lebih kurang 5 pagi....



7.30 aku sudah berada didepan kecemasan. Dr Sauki sampai dulu dan yang paling akhir sekali Dr Azhar....



Mengikut perancangan, kami sepatutnya menaiki van penjara Machang, bersama wakil dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi membolehkan kami masuk kepenjara itu. Paling lewat pun pada pukul 8. Ini Pukul 8.30 pun tak nampak. Hati berkecamuk, perut sudah mengamuk, tatkala baru melangkah untuk ke kantin terlihat kelibat van penjara.



Aduh lega rasanya.... akhirnya perjalanan diteruskan semula. Didalam van ada 4 org dari KDN dan campur kami bertiga.



Perjalanan ke Machang sepatutnya tidak lama, tetapi disebabkan hari cuti, kenderaan dijalanan juga banyak maka perjalanan kami agak perlahan. Masa untuk sampai ke Machang lebih kurang 9.39 juga.



KATIBAAN



Ketibaan kami di sambut lagi oleh 4 orang wakil MErcy dari Kuala Lumpur. Kak Hayati, En Idris, dan 2 lagi SN dari pusat perubatan swasta di KL.



Kami berkenalan dan terus kak Hayat memberi kami baju Mercy berwarna putih,



Tetepi kak hayat, sempat juga meminta maaf disebabkan baju yang dibawanya hanya untuk Dr Roshidah (saiz M) tetapi yang datang aku pulak yang bersaiz XL.....



Adush...... ketat la.... takpe-takpe TRY dulu.....



Nasib baik muat, muat-muat badan lah.



Selepas itu kami dibawa ketempat makan ,, semua perjalanan kami di iringi oleh polis, hand phone, camera tidak dibenarkan masuk dan harus ditinggalkan di locker pelawat.



Makan sarapan pada hari tu Nasi Lemak, bestnya dah lapar lak tu, kalau tak ramai pak polis kat situ mesti aku dah makan banyak......



Selepas makan kami terus dibawa ketempat rawatan dan juga sepatutnya taklimat itu diadakan.

Kami dibawa keluar dari bangunan tersebut dan melalui pagar-pagar yang tinggi dan bangunan yang dikelilingi pagar yang serupa. Nampak macam sama saja, tetapi disebabkan penjara machang ni Kawasan baru maka cantik sikit lah. Lagi 10 tahun tak tahu rupanya macam mana.



Akhirnya kami di bawa ke satu bangunan.

Disitu ditempatkan mereka yang terlibat dengan program dan terdapat satu ruang yang sesuai untuk diadakan ceramah dan sesi rawatan . Sebelum program kami bermula ,kami diberi taklimat sedikit tentang sejarah penjara tersebut dan serba sedikit mengenai mereka yang ditahan disana oleh pegawai yang terlibat.

Selesai taklimat oleh mereka , para penghuni penjara machang dibawa masuk dalam satu kumpulan. Nampak tenang, tapi hati siapa yang tak takut jika anda seorang doktor perempuan yang akan memberi taklimat kepada mereka yang hampir bertahun tak nampak perempuan ni.

Akhirnya, disebabkan segan campur takut aku menyuruh doktor azhar yang menekan komputer tetapi aku duduk dibalik tiang. Nampak sipi sahaja. Kelakar pulak.

Habis taklimat, sesi pemeriksaan klinikal bermula. Ada 3 meja doktor dan para pesalah dipanggil satu persatu, Nampaknya, semua berjalan lancar. Cuma mereka ni banyak yang sakit kulit, sakit badan dan lain-lain yang tidak begitu serius.

Anggaran untuk habis lambat salah . Kami habis awal sebab saya merawat mereka dengan pantas (maklumlah takde yang serius). Dan ramai juga berjumpa dengan saya. Tak tau la..............
Sesi tamat pukul 2 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian cenderamata.

Selesai semua nya, kami dibawa keluar dan menunggu kenderaan masing-maing.

P/S: cerita ini tidak dapat di tulis dengan detail (cthnya: kedudukan bangunan, besar mana, berapa ramai, kawalan ) disebabkan ini adalah maklumat kerajaan. Apa yang ditulis hanya menerangkan apa yang dilakukan MERCY disini.

05 May 2009

Hari Doktor

Sedih pula bila membaca.... " Doktor Curi Tulang" . Tak sangka ada jugak manusia yang sanggup menuduh doktor sedemikian rupa. Berhempas pulas kita menyelamatkan pesakit...... baru nak lepaskan penat 5 Minit sudah dituduh tak buat kerja.......... Inilah.., orang yang bercakap tu kalau dah besar sangat pangkat. ingat semua orang dia bleh control..... Rumah tangga orang pun dia nak kacau kot.... Takpalah, dah letak tepi dah perasaan tak puas hati pada Datuk yang memberi komen tu........ Doktor ni memang jenis orang yang pemaaf, namun begitu sekali hati terguris, parutnya kekal jua............... Walaupun kami hanya menyambut Hari Pekerja sahaja pada 1/Mei/09 , tidak pula doktor meminta sambutan istemewa atau balasan kepada jasa mereka seperti Hari Guru, Hari Setiausaha. Hari......dll.

Tetapi mungkin ada sebabnya kenapa doktor tiada hari sambutan, kerana pihak seperti datuk ini lah yang menidakkan. "Doktor harus berkhidmat sepenuh hati tidak kira masa, wang, keluarga kerana itu sudah tugasnya,". Agaknya, kalau doktor ada hari sambutan mesti lengang hospital tu nanti.

Apa pun,,, pada saya seperti post sebelum ini, hari bdoktor adalah apabila pesakit sendiri mengucapkan terima kasih kepada saya.... 1000 hari pekerja pun tidak dapat menggantikan rasa gembira saya apabila pesakit menghargai apa yang kita lakukan. ......