Bagaimana semua ini terjadi, serba sedikit saya ceritakan.
Saya pengidap Asthma ringan , begitu juga anak yang sulong. Kami berdua memang menggunakan ubat asthma dan selama ini tiada masalah dan kami semua aktif. Anak saya yang Kedua, sihat, cuma orangnya kecil sedikit. Yang nombor tiga, dari segi zahirnya, orangnya nampak sihat. Tapi sebab kami mempunyai genetik asthma yang kuat sememangnya besar kemungkinan anak saya yang lain juga mengidap penyakit yang sama.
Jadi, Ilyana (yang nombor tiga ni lah) , sememangnya sudah ada ubat nya tersedia dirumah, Memang sudah lama Ilyana batuk Asthma ringan tetapi baik dengan ubat. Tak terlintas pula di fikiran saya untuk membawa dia ke klinik untuk pemeriksaan kerana beliau nampak sihat.
Masalah timbul , apabila Ilyana mula batuk kuat selama seminggu berselang dengan demam yang panas. Aku sudah mulakan sekali rawatan antibiotik dan nebulizer di Kecemasan tetapi tidak berkesan langsung. Dan akhirnya, yana menjadi semakin kurang aktif dan berdiri pun tidak berdaya. Tidur nya terganggu semalaman. Silapnya, Ilyana tidur dengan pembantu ku, dan perkara ini tidak diberitahu. Pernafasan nya semakin laju dan sudah semakin parah.
Bergegas juga aku dan suami ke Jabatan Kecemasan pada pagi 10/5/09. Sampai disana suhu Ilyana mencecah 40.5 darjah celsius. Kadar pernafasan 60 dan oksigen dalam badan berkurang kepada 94%.
Aku memang risau, tetapi sebab sebagai doktor aku tidak menunjukkan tanda cemas. Tetapi disebabkan ini jugalah aku amat kesal disebabkan aku doktor semua ingat aku tahu apa yang aku lakukan.. biar aku rawat sendiri keluarga . Dan sesungguhnya aku tak mampu rawat mereka sendiri......................................................................................................................................
Tambah sedih lagi, ubat masukkan sendiri, cari doktor lain tuliskan case note sendiri, pergi x-ray sendiri. Check balik sendiri........ Bestnya jadi org tak tau, semua kita buatkan. Lagi komplain.........
Nasib ada juga kawan yang rela merujuk anak aku ke doktor kanak-kanak. Kalau tak rujuk sendiri jugak. Disebabkan dah teruk, akhirnya Ilyana masuk wad 6S HUSM.
Hari pertama lyana masuk wad, Oksigen dipasang. dan Nebuliser diberikan sekerap mungkin. Makan langsung tidak mahu Susu pun tidak. Terpaksa juga lah masuk drip. (air). Darah bld c&s diambil bersama yang lain. Sepanjang malam yana menangis, demam tak kebah. Tapi alhamdulillah, boleh jugak dia tidur nyenyak sekejap.
Hari Kedua
Ilyana tidak menangis lagi, tetapi semakin kurang demamnya, Antibiotik berkesan. Ilyana dilihat oleh pakar dan disahkan menghidap asthma dan perlu diberi ubat inhaler secara tetap sehingga dewasa.
Walaupun aku doktor, konsep kelas pertama tak wujud seandainya jika pesakit tersebut tidak stabil/ tenat/ penyakit bahaya. Jadi kami di letakkan di wad biasa. dalam katil baby.
Pada hari ketiga, Pada 12 /5/2009 yana dibenarkan pulang, dengan inhalernya. Maklumlah terpaksa juga balik disebabkan aku on-call pada petang hari tersebut.
Ilyana, nampak sihat di hari ketiga.
Pada malamnya aku bertugas seperti biasa, sesekali bertanya juga khabar Ilyana, nampak sihat tetapi perlu dengan ubat.
MASUK WAD KEMBALI
Ingat sudah selesai masalah Ilyana, tatkala menulis post ini aku masih berada di wad lagi. Pada hari kedua selepas pulang aku dikejutkan dengan satu panggilan dari HUSM yang mengatakan aku harus membawa yana kembali ke wad keran keputusan darah anak ku terdapat sejenis kuman ( gm positive diplococci) yang boleh menyebabkan jangkitan ke selaput otak (meningitis). Jika tidak dirawat akan membahayakan Ilyana dan kami sekeluarga. Rasa lemah lutut mendengar berita ini. Lagi, pihak hospital takut ialah kami berasal dari Melaka dan bapa Ilyana ada pulang ke Melaka dan mereka takut kes di Melaka berlaku di Kelantan.
Sampai di HUSM Ilyana disuruh pakai pelekap muka (mask). Dan kami ditempatkan dibilik isolasi. di pintu ditampal STRICLY ISOLATION. Huh..... macam dalam penjara lah bila kena kuarantin. Kami sekeluarga di beri ubat bunuh kuman tersebut. Anak aku dan pembantu juga perlu makan ubat.
Yang kesian Ilyana, menangis lagi dia apabila sekali lagi dicucuk jarum, diambil darah..........Takpalah nak baik punya pasal.
Pihak Jabatan Kesihatan Kelantan pun datang jumpa kami sekeluarga........takut kami dah sebarkan pada org awam.
Ilyana sememangnya sudah sihat.
Dan pada hari ini, aku di beri tahu bahawa kuman itu adalah Moraxella Catarrhalis. Jarang jugak jumpa tu.... tapi boleh dirawat Alhamduliilah.
Sekali lagi , terdetik di hati ini, mungkin adakah ini kerana salah aku, seorang pegawai perubatan yang membawa kuman kepada keluarga mereka. Ini kerana kuman itu memang jarang sekali dijangkiti orang awam melainkan di kawasan hospital. Sedih........................................................
Atau aku sememangnya sudah banyak berdosa...............................................................................
Ya, Allah ampuilah dosaku ini, Jangan lah Kau tunjukkan siksanya melalui anak-anak ku atas kesilapan ku sendiri.
Kini, aku masih di wad, memanjangkan doa untuk kesihatan kami sekeluarga,,,,,,
dan beginilah kerja doktor , risiko bukan kami tanggung sendiri tetapi ahli keluarga juga ................
Dan apa yang orang awam katakan................. Bahawa Doktor Goyang Kaki..............................
TQ
SELAMAT HARI JURURAWAT
aderkk..
ReplyDeletekesiannya....
tapi untuk MO dan Jururawat yg berdidikasi tinggi seperti abie memang maza solute abis la.. terima kasih...
huhuhu
memang mencabar kerja2 MO kan..aderkk...
hanya hati yg cekal, jiwa yg kuat dan fizikal yg mantop mampu melakukan kerja2 Dr. ini..huhuhu
erk! kalau tok moh dgn tok pawang, agak2 sama tak? hmm
hehehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKesiannya si kecil yana tu (sori maza..aku pinjam ayat 'starting' kau..)..
ReplyDeletehmm..banyak2 doa dan sabar, abie..
ni saya nak kongsi pengalaman nie..
dia kan sebenarnya..orang asma ni atau yg sakit apa pun, lebih2 lg kalau yg dapat tu masih budak kecil lg..bukan ubat saja yg nak bagi dia sembuh..
lain dari ubat, kena juga bagi semangat kat si kecil ni..semangat..kiranya kita bagi perhatian kat dia..jadi, si kecil nanti taklah dia rasa tanggung sorang2 sakit tu..
betul..perhatian lebih akan buat si kecil bersemangat..lawan sakit dia..
just IMHO..
kpd en. maza..tok moh dan tok pawang..kan lebih kurang sama tu..!?
owh maza..boleh tak terangkan maksud 'fizikal yg mantop' tu..?
lain mcm jer aku baca..hahah.. :-D