30 April 2009

HIV / AIDS

From: http//www.moh.gov.com.my

Pengenalan


Apa itu HIV dan AIDS?


HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/.


Bagaimanakah HIV merebak?


HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:
Darah
Air mani
Cecair faraj
Susu ibu


HIV boleh merebak melalui:
Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?
Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:
Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
Gigitan nyamuk
Tanda dan Gejala
Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?
Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:
demam
sakit tekak dan batuk
sakit otot
sakit kepala
cirit-birit
bengkak kelenjar limfa
letih
ruam
sakit sendi
turun berat badan
Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?
Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:
penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)
Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?
Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV.Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.RawatanAdakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?
Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?
Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:
menunjukkan tanda-tanda AIDS
bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya
Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:
kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
dijangkiti melalui pekerjaan
wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
pegawai kerajaan
Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:
pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
rawatan penyakit kelamin
kaunseling ( perubatan dan psikologi)
Pencegahan
Pencegahan dikalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.
Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:
jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
setia kepada pasangan anda
amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang
jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan
anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV
pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.
Kumpulan Sokongan
AIDS/STD SectionDisease Control Division Ministry of Health Level 4, Block E10, Parcel E 62518 PutrajayaTel : 03-88834387 Fax : 03-88834285 Website : http://dph.gov.my/aids
The Malaysian AIDS CouncilNo. 12, The Boulevard Shop OfficeJalan 13/48A, Off Jalan Sentul51000 Kuala LumpurTel : 03 - 4045-1033Fax : 03 - 4042-6133Email : contactus@mac.org.myFor counseling: Toll free line at 1-800-88 18 48 or email : counseling@mac.org.my
Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) Tel : 03 - 6201 3179 / 0287Fax : 03 - 6201 3013 / 5940E-mail : ppm@pengasih.netWebsite : http://www.pengasih.net Community AIDS Service Penang (CASP) Tel : 04 - 229 9566 / 7412Fax : 04 - 228 1624E-mail : aidspg@tm.net.my
Federation of Family Planning Associations Malaysia (FFPAM) Tel : 03 - 5633 7514 / 16 / 28Fax : 03 - 5634 6638E-mail : ffpam@po.jaring.my or ffpam2@tm.net.my Islamic Medical Association of Malaysia (PPIM) wakekl@tm.net.myTel/Fax : 03 - 9172 1533E-mail : abdhaq@pl.jaring.my or jeffrey@mail.hukm.ukm.myWebsite : http://www.ppim.org.my
PT Foundation (PTF) Tel : 03 - 4044 4611Fax : 03 - 4044 4622E-mail: hishamhu@csd.tnb.com.my Sarawak AIDS Concern Society (SACS) Tel : 019 - 857 9423Fax : 03 - 4044 4622E-mail : mailto:hishamhu@csd.tnb.com.my
Women and Health Association of Kuala Lumpur (WAKE) Tel : 03 - 2692 6861Fax : 03 - 2692 6877E-mail : mailto:hishamhu@csd.tnb.com.my Persatuan Perantaraan Pesakit-Pesakit Kelantan (SAHABAT) Tel : 09 - 7472 119 / 012-9620656Fax : 09 - 7502 504

SEMPURNA- andra and the backbone


Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

KEPUASAN TOTAL

Selang baru beberapa hari keluar dari wad kerana kekurangan darah, aku sudah menjalankan tugas seperti biasa. Walaupun badan masih tidak berapa kuat tetapi kuasa minda dan kekuatan semangat ini yang membantu aku menjalankan tugas seharian. Pada 28/4/09 aku sudah melakukan tugas on-call di Jabatan Kecemasan.
2nd day keluar wad

Tak tahu kenapa, hari aku oncall terasa begitu tenang.... Sudah lama tidak terasa perasaan begini.... Aku tidak tahu dengan doktor yang lain, walaupun dalam kesibukan kita bertugas ada sesuatu yang mampu membuat kita bahagia apabila bertugas dan pada saya, kebahagiaan itu datang dari pesakit saya sendiri......
Saya tidak mengenali pesakit saya, begitu juga mereka..... Namun bila kita ikhlas , jujur dan merendah diri. berserta senyuman yang tidak putus di raut wajah .... Perasaan itu menjadi lebih tenang.....
Sebagai, team leader bagi Pegawai Perubatan, wajib bagi saya semasa bertugas, melihat semua pesakit(screening). Dari yang nazak hingga kepada yang sakit ringan... Walaupun kaki penat mundar-mandir macam marathon tetapi demi pesakit saya terima tugas itu.......
Apa yang saya lakukan tidak banyak,,,, tetapi apa yang saya dapat dari pesakit saya cukup besar...... Saya mendapat senyuman kepuasan dari mereka, ada yang bersalam tanda terima kasih dan ada yang datang kepada saya hanya untuk mengadu masalah mereka walaupun mereka bkn pesakit saya... ( tak tau kenapa....sebab senyuman saya mungkin).
Memberi rawatan itu memang penting tetapi dari pemerhatian saya apabila kita mendengar betul-betul masalah mereka, kesusahan mereka, insyaalah...besar darjat mana pun...... kita mendapat penghormatan dari mereka.......
Dan dari dulu...hingga sekarang..... Padaku kepuasan ku bekerja datang dari pesakit yang dibantu dan KEPUASAN TOTAL KU ADALAH UCAPAN TERIMA KASIH DAN SENYUMAN MEREKA KEPADA KU.........
tq..............

26 April 2009

PERMAISURIKU - JAYJAY

LAGU PALING BEST ABAD INI

Tika renungi malamku
Bersama tirai perindu
Potret permaisuriku

Lenamu didakapanku
Inginku belai rambutmu
Saat malam malammu

*Walau kembara ku meredah alam maya
Kan ku pertahan garis cinta kita

Oh
Ku hancur dikala tak bersama
Kau yang ku cinta
Impi rinduku disaat mesra

Oh kasih
OhTerbina rona kota bahgia
Permata dijiwa
Oh $kernamu

Lautan duri ku tempuh
Demi sucinya cintamu
Tak ku hiraukan waktu

Ampunkan kesalahanku
Ku pinjam raut wajahmu
Hanya kau yang kurindu

Ulang *

25 April 2009

Masuk Wad

Tidak ku sangka gurauan aku dengan kawan-kawan yang aku ni pucat lesi.....menjadi benar. Tanda-tanda awal , aku selalu pening, letih, sakit dada menjadi semakin parah apabila aku mula penat apabila naik tangga dan sukar bernafas.... rasa gelap dunia ni bila rasa nak pitam...

Dengan berat hati , sekali lagi aku meminta bantuan Dr Roshidah, supaya dia membantu memeriksa keaadaan diri ku. Tidak akan ku lupa jasa dia . Setibanya di Jabatan Kecemasan, Dr Roshidah membuat ECG dan rakan baikku Dr Low mengambil darah .

Dr Low MY.....................................................

Berdebar juga menanti keputusan darah, ingat dihati mungkin tidak berapa serius. Niat di hati kalau tidak serius, boleh balik, makan ubat, buat kerja macam biasa. Tetapi apabila sudah mendapat keputusan, alangkah terkejutnya saya apabila melihat result darah.
Hemoglobin (Hb) , sel darah merah yang membawa oksigen dalam badan sangat berkurangan. HB normal 12-14. Tetapi keputusan ku hanya 7.6.di lab kecemasan tetapi lebih rendah lagi di lab besar. iaitu 7.3.

Lama juga termenung... Sebagai seorang doktor , aku tahu, aku perlu dimasukkan ke wad.. Tetapi, biasalah , degil..... lama juga kena pujuk akhirnya berjaya juga rakan-rakan aku memujuk.....

Sedihnya masuk wad.......

Wad yang didaftarkan adalah wad 1U (wad biasa) , bukan wad kelas satu ke, wad staf ker. Ini disebabkan aku banyak alergik, takut bila masuk darah nanti aku mendapat reaksi alahan yang teruk.


Malam itu, Dr Low datang membawa makanan sementara satu bag dimasukkan. Nampak seperti tiada masalah. Aku tidak mendapat apa-apa reaksi. Rasa sukar bernafas dan berdebar pun agak berkurangan.

Tengah tranfuse.............sakit tangan.....................................

Malam itu juga, aku melakukan pap smear, sampel tisu rahim dan ultra sound. Buat masa ni, nampak normal , cuma sekarang nie berdebar menantikan result tisu. Aku diberi ubat penahan darah, vitamin dan horman.

Selepas habis satu bag darah, aku tidur, menantikan masa tranfusi bag darah seterusnya.....
....

Pada Keesokan harinya, darah yang sepatutnya di tranfuse awal agak lewat sedikit. (nasib baik).Bag darah yang kedua tiba pada pukul 2 petang, Mula tranfuse , aku sudah terasa susah nafas, dari baring aku terus duduk mengambil nafas. Sedang aku duduk itu Dr Low datang. Aku mengadu kepada Low yang aku susah bernafas. Dia tak percaya pada mulanya, tetapi lama-kalamaan Dr Low sendiri nampak muka aku manjadi merah dan telinga ku menjadi bengkak.....

Secara tiba-tiba perut ku amat sakit dan kejang..... Mual secara mendadak.... Aku muntah berkali-kali. Pucat lesi muka, tangan sejuk macam ice. Rasa sejuk satu badan. Sakit nya tuhan saja yang tau. Darah yang dimasukkan terpaksa diberhentikan. Apa yang aku hadapi sekarang ini adalah reaksi alahan kepada darah. Nasib baik ruang udara nafas tidak tertutup terus.... Kalau tidak......

Dr Low menyuruh doktor pelatih di wad mengambil ubat untuk alahan. Secara perlahan aku menjadi lebih baik. Tapi satu hari tu lah aku rasa perut yang sakit amat sangat dan rasa amat mengantuk. (kesan ubat).

Walaupun bag darah yang kedua tak sempat habis, sekurang-kurangnya. dari 7.3 darah aku naik kepada 9. Alhamdulillah.....

Maknanya aku perlu makan makanan yang berkhasiat dan vitamin shj selepas ini... Kalau tak makan maggi je malam-malam.

Besoknya selepas sudah tidak ada masalah lagi, baru aku dibenarkan pulang...... Lepas ni, serik masuk wad lagi.... sunyi, .


Gambar Atas : Sunyinya wad di 1U
Gambar awah: Selepas di transfusi 2 bag darah, baru nampak muka merah sikit, nampak sihat sikit lah.
























21 April 2009

Episod 4: Kehidupan Houseman Bermula

Episod 4

Selepas mendapat keputusan Final Exam untuk peperiksaan kedoktoran, aku berehat lebih kurang 2 minggu sahaja. Kemudian kami dipanggil memulakan tugas dipenempatan masing-masing. Rasa tak hilang lagi penat belajar 5 tahun, dah kena panggil untuk bekerja. Walaupun panggilan untuk bekerja adalah segera, tetapi disebabkan urusan medical check-up, angkat sumpah dll, proses ini mengambil masa juga .



Teringat jugak proses medical check-up yang wajib diakukan di HKL juga. Fuuuh.......Ada lah satu makcik lab ni. Muka gila garang. "kencing dalam bekas, lepas tu letak sini". Huh..takut sbb dia punya jelingan tu...Maut. Lepas tu kena buat examination la...yang paling segan Breast examination lah...malu.... aku anak dara lagi masa tu.....

Surat dari Kementerian Kesihatan yang diterima menyatakan aku harus mendaftarkan diri di Hospital Kuala Lumpur. Tarikh seingat aku 15/6/2001. Tapi yang paling mengejutkan aku gaji mula Pegawai Perubatan. Mungkin ramai yang ingat gaji Doktor besar tetapi apa yang aku lihat di surat tawaran adalah RM 1600! Kenaikan RM 80 setahun.!

Dan itulah gaji yang aku terima ketika itu. ( Dalam hati: Padanlah ramai berhenti kerja.Kawan aku yang SPM pun dapat gaji lagi besar).

Posting wajib pada masa itu ialah O&G, Medical/Pead, Surgery/Ortho. Jangka masa satu tahun. Maka selepas saja aku mendaftar diri di pejabat , aku di tugaskan di Medical, kemudian surgery dan seterusnya O&G.


Medical aku mendaftar sekali lagi dipejabatnya, dan aku dikehendaki bertugas di WAD 24(female). Tingkat 2 la kat HKL tu..... Masa dulu seingat akulah, ada lif bergerak tiada pintu. Punya lah ngeri nak lompat. Kena agak lah bila sampai. bila nak turun sebab lif tu tak berenti. Dia jalan jer.


Masuk wad 24. aku diperkenalkan oleh sister kepada houseman yang lain, ada Dr Yanti, Dr Zul, Dr Suriani. Wad 24 memang besar. Pesakit pada masa tu ada 50 katil. Jadi pembahagian tugasnya seorang houseman dikehendaki menjaga kebih kurang 15 pesakit. Kami ada sistem hari aktif dan pasif. Jadi masa aktif tu penat la, sebab ramai yang masuk wad, tapi kalau pasif byk nak settlekan benda yang perlu dibuat segera sebelum pesakit pulang. Jadual harian bekerja adalah 6.30 pg sampai pukul 10 mlm. Kalau O/C hari tu balik kejap pukul 5 lps tu dtg balik pukul 10 mlm. O/C selalunya 2 org.


Mulanya sukar kena ambil darah, periksa pesakit, appointment dll. Tapi rakan lain yang tunjuk ajar dulu..... Masa belajar semua benda ni kita tak diajar. Jadi sekarang pandai-pandai sendiri( maknanya lepas kena ajar dgn senior doktor la). Lama-lama rasa diri nie sebiji macam kuli.....buat jer apa yang org suruh.... Maklumlah belum pandai lagi, mmg patut pun belajar dari bawah. Kita dah jadi Doktor bukannya untuk berlagak. Tapi kalau sampai kerja attendant pun kena buat,,, lap--lap, cop--cop. marah gak rasanya.;


Di medikal selepas wad 24, aku ditempatkan di wad 18(lelaki). Mak ai...lagi penat...Pesakit 60 orang +/- 15 org. houseman 3 org.... macam nak lingkup jugak dunia ni. balik kerja dah malam ...dah sampai bilik tu, ingat katil je lah... Bila dah senior sikit, kena jaga jugak wad kelas 2 dgn 1... Masa ni la menyampah...sebab kadang-kadang nie org yang ada pangkat, ada duit...ni menyombong,, perintah-perintah org tak tentu pasal. Tau la kita houseman..... Tapi ada gak sorang dua pesakit yang mengorat...lebih-lebih lagi yang demam sikit-sikit nie.


Semasa di medikal nie, byk yang aku belajar. Dari melakukan CPR kepada orang sebenar, skill memasang CVP. Branula ( masuk air la tu) ,tiub dada dan segala macam tiub aku dah buat.... kesian pesakit.. Ada jugak kisah sedih dimana pesakit yang saya jaga dari awal nya sihat sampai meninggal pun ada. Ada juga beberapa pesakit yang semasa waktu kematiannya begitu dahsyat sekali siksanya.....insaf sekejap. Ada juga pesakit yang mengamuk.....


Tapi penat-penat aku di medikal, sempat jugak SHEEDA (roomate) beli Hifi.. Apa lagi,,, aku lah yang memenuhkan CD karaoke. Tiap-tiap hari, memekak.... jiran-jiran bilik jgn marah yer..... tak tau pun saper sebelah ... susah nak jumpa . Busy ya amat. Tapi sempat jugak la shopping.......tgk wayang, main bowling...heh..heh..

Terima ksaih kepada kawan-kawan di medikal HKL 2001. Sebab dah banyak buat CPR lah saya berminat nak buat emergency. Terima kasih atas pertolongon anda dan walaupun rasanya hidup ini macam takde dunia lain kecuali diwad. tapi kita semua susah senang bersama-sama dan sentiasa bekerjasama.

TQ

Seterusnya nanti di Surgical






Ayat Ayat Cinta

Lyrics:

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara
cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
back to reff
ketika ku bersujud


Rossa

20 April 2009

BASIC MISSION TRAINING-MERCY , ULU KINTA


Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk menyertai MERCY Malaysia. Setahu saya , badan NGO ini (badan sukarelawan) sememangnya memerlukan mereka yang mempunyai pendapatan yang stabil, lumayan dan berhati mulia. Maklumlah semua perjalanan "Mission MERCY" di tanggung sendiri. Dengan keadaan saya yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil , keberatan juga rasanya.

Titik permulaannya ialah apabila Dr Mohd Zaki ( rakan Emergecy) mencari peserta yang berminat mengikuti kursus MERCY Basic Mission Training . Yuran penyertaan RM150 mulanya amat berat bagi saya kerana sekarang ini terasa kehidupan saya sekarang ini amat memerlukan wang. Tetapi setelah dipujuk oleh Dr Roshidah ( rakan baik saya) saya bersetuju. Itupun saya terpaksa meminjam dari beliau.

Pada mulanya, tujuan saya hanya untuk mendapat pengalaman, tetapi semasa kursus tersebut bukan sahaja pengalaman malahan emosi, pemikiran, tabiat saya juga bertukar sama sekali.


PENGALAMAN


Pendaftaran peserta sepatutnya pukul 8.30 pagi, namun saya, Dr Roshidah, Dr Zaki dan Dr Azhar yang turut serta tiba lewat. Kami tiba di Kem PGA Ulu Kinta lebih kurang 10.30pagi. Setibanya di kawasan kem, kami disambut oleh fasilitator dan kami segera dibawa ke Base Camp. Di Base Camp kelihatan semua peserta sedang menunggu. Serba salah juga rasanya, setiap dari kami terus dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan saya dimasukkan ke kumpulan Delta. Ketua kumpulan En Jeffri(Komander), Penolong Ketua Kumpulan (Sepang atau Irham), peserta lain seperti Suffki, Sockalingam dan Lok. Maknanya saya seorang sahaja perempuan dan peserta lain adalah lelaki. Saya di beri tag nama dan surat mission MERCY yang mengatakan bahawa kumpulan kami dikehendaki menghantar bantuan ke Myanmar. Surat itu harus disimpan dengan baik sepanjang Training Camp ini .

Dengan bag galas 35L dan sebuah lagi bag galas yang kecil saya membawa lagi sebuah baldi dan periuk kecil ke Camp Site. Perjalanan tidaklah jauh, tetapi pendakian yang hanya 500 meter dan dengan bebanan yang dibawa cukup memenatkan. Sukar rasanya untuk bernafas. Sudah hampir 10 tahun aku tidak melakukan aktiviti seperti ini. Camping dengan jungle tracking biasalah. Namun saya gagahkan diri kerana disebabkan saya yang tiba lewat satu pasukan terlewat. Di Camp Site, matahari pukul 11 pagi cukup memeritkan. Khemah yang di bawa seberat 50kg harus dipasang secepat mungkin. Besarnya boleh memuatkan 10 orang. Jika khemah biasa pejam mata saja boleh pasang. Tetapi khemah sebesar ini cukup menguji kesabaran, ditambah pula dugaan khemah pertama yang dipasang tidak lengkap dan kami dikehendaki mengambil khemah yang baru. Pukul 1230tgh baru khemah siap tetapi tempat memasak belum disiapkan. Bahan makanan mentah yang disediakan adalah maggi 12 bungkus, beras 5genggam, sardi 2 tin untuk dimakan selama 3 hari seramai 6 orang!

Sebagai satu-satunya perempuan saya di berikan tugas memasak. Perut sudah lapar. Rasa seperti mahu pitam . Nasib baik jugalah ada kumpulan lain yang memberikan saya pisang dan roti. Nikmatnya terasa makanan ini dikala kelaparan. Sayangnya tidak sempat jugam masak sebab dapur lambat siap.

Pukul 2ptg. Kelihatan ahli kumpulan yang lain pulang dari solat Jumaat. Mereka membantu menyalakan api dan memberikan sedikit minuman . Ini kerana air yang saya bawa sudah habis kerana kehausan sewaktu menyediakan khemah tadi. Tetapi untuk memulakan memasak sudah agak terlewat kerana kami dikehendaki berkumpul pada pukul 2.30 petang untuk aktiviti selanjutnya.



Petang itu kami diajar oleh MERCY cara mengunakan radio communication. Agar sukar mulanya tetapi lama kelamaan menjadi mudah dan kami juga diajar secara teori cara berhadapan dengan pengganas, penculikan dan jika ada berlaku tembak menembak dan letupan bom. Kedengarannya mudah, tetapi secara benarnya amatlah sukar. Malam itu aktiviti tamat pada pukul 11 malam dan kemudian kami balik ke camp untuk mandi, masak dan solat. Bayangkan satu khemah dengan 5 orang lelaki. Sukar sungguh rasanya. Tetapi inilah yang terpaksa dihadapi oleh ahli MERCY jika di tempat orang kerana keadaan darurat. Khabar angin juga mengatakan Camp kami akan diserang pada malam itu dan kami dikehendaki membuat perancangan untuk melarikan diri ketempat selamat. Perancangan jelas namun tidak dipraktikkan oleh kami. Akhirnya kami mengambil giliran untuk tidur namun tiada apa yang berlaku pada malam itu.

HARI KEDUA.

Kasutku pecah. Ini bermakna aku terpaksa menggunakan sandal untuk melakukan aktiviti lasak. 6.30 pagi kami sudah pergi melakukan riadah pagi. Penat tak terkata. Oleh kerana lama tak bersenam maka sayalah yang ketinggalan. Habis riadah, mandi di sungai dan aktviti seterusnya adalah kelas melakukan RESCUE MISSION cara membaca Compass dan peta. Seterusnya aktiviti kami disambung dengan sesi praktikal.

CABARAN BERMULA

Pukul 2 petang kami berkumpul setelah masa rehat satu jam (masak, makan, mandi, solat). Di Base Camp kami diberikan satu tugas menyelamat. Satu helikopter terhempas dan kami diarahkan mencari dan mengeluarkan mangsa secepat mungkin. peralatan yang diberi hanya kompas dan radio Com. Koordinat diberi. Kami terpaksa meredah tebing bukit, pokok berduri dan tebing licin dan dengan pantas. Tuhan saja yang tahu, penatnya saya berlari mengikuti ahli kumpulan yang kesemuanya lelaki itu. Saya diberi tugas membaca kompas dan terdapat 5 check point untuk dicari.

Setibanya di tempat kejadian, search kami bermula. Terdapat 5 mangsa. Ada didalam sungai, atas pokok, tebing curam dan lain-lain. Kumpulan kami terpaksa membawa seorang mangsa yang tersangkut ditebing tinggi. Mangsa itu mengalami pendarahan dalaman dan bersaiz besar. Bayangkanlah caranya kami hendak menurunkan beliau tanpa sebarang alat pun. Akhirnya beliau terpaksa kami pikul, dan strecher terpaksa kami tebang pokok yang ada dan kain strecher itu kami gunakan kain pelikat dan baju sweater. Beratnya mengangkatnya, tuhan saja yang tahu. Kami terpaksa berhenti setiap 1 minit. Tetapi akhirnya, mangsa kami mati dalam perjalanan. Kami berkumpul semula di Base Camp.pada pukul 5 petang dan aktiviti seterusnya di sambung.

DEBARAN

Pada petangnya, mission kami bermula. Kami diberi 2 parcell untuk dihantar ke Myanmar. Sebelum itu kami melihat demo menyelamatkan diri jika diserang ditengah jalan. Bergegar jantung mendengar letupan bom. Kami menaiki MPV MERCY dan diarahkan melalui beberapa check point.

Check point pertama kami ditahan oleh polis Myanmar. Kami disuruh melutut dan meletakkan tangan dikepala. Senapang ditujukan kepada kami. Saya di soal siasat. Segala surat , bag, MPV semua kena geledah. Nak dijadikan cerita, MPV kami ada disembunyikan dadah. Kami diugut akan dipenjarakan dan polis Myanmar meminta kesemua wang kami sebelum kami dilepaskan. Akhirnya selepas 15 minit berlutut baru kami dibenarkan berlepas.

Check point kedua, orang kampung myanmar yang kelaparan dan terdesak. ( bukan Mission yang ditugaskan). Kami terpaksa juga memberi mereka sebahagian dari bekalan makanan dan ubat untuk melepaskan diri.

Check Point Ketiga, paling mencemaskan. Kenderaan kami disuruh berhenti di satu kawasan tanah lapang. Kononnya disitulah kawasan yang harus kami bantu. Tiba-tiba, satu gerombolan tentera menembak kearah kami dengan dentuman bom. Sebahagian dari kami ditarik keluar seperti penjenayah dan saya terpaksa melompat dari kereta dan terus meniarap ketanah. Muka dan badan terhempas keatas tanah berbatu kerikil. Rakan-rakan saya diikat dan dipijak. Ketua kumpulan kami lari meninggalkan kami ( tetapi dia ditangkap an dijadikan tebusan).. Mereka mencari doktor kumpulan dan saya mengaku. Sekali lagi saya di soal siasat. Badan masih di tanah. Badan habis disimbah dengan air. Kepala ditutup dengan kain , tengkuk saya dicengkam dari belakang dan saya ditemukan dengan ketua kumpulan pemberontak. Saya terpaksa menjelaskan keaadaan yang sebenar dan hampir 15 minit juga baru kami dapat dilepaskan. Sayangnya ahli kami diculik dan malam itu kami terpaksa merayu kepada penculik untuk melepaskan mereka dengan duit tebusan. Akhirnya malam itu , hasil dari pertolongan dari semua kumpulan mereka yang diculik dapat dilepaskan.


SELEPAS PENCULIKAN

Kami kembali ke camp site lebih kurang pukul 10 malam. Sesi debriefing dijalankan dan sekali lagi kami menjangkakan bahawa serangan di camp site pada malamnya. Namun disebabkan ketua kumpulan kami telah dibuli teruk semasa diculik, beliau agak keletihan dan sekali lagi kami tidak berlatih evacuation plan. Tepat pukul 2 pagi, bom kedengaran. Entah macamana saya, sokalingam dan Suffki pergi kearah semak dibelakang khemah. Kami terpisah dengan ahli kumpulan lain. Satu kesalahan besar.

Kami dimarahi oleh Base Camp oleh kerana kesilapan kami.Nasib mereka yang lain tidak sesat. Habis sesi pukul 3 pagi dan kami terus tertidur selepas itu. Sepatut ada serangan yang lebih besar lagi selepas itu tetapi tidak diadakan oleh kerana sebab-sebab yang tertentu.

HARI TERAKHIR

Kami masih lagi terpaksa bersenam pada pukul 6.30 pagi. Namun tidak begitu berat. Sedikit nasihat dan iktibar diberi dan penyampaian sijil pula . Kami bersurai pada pukul 12tgh.

APA YANG DIPELAJARI

MERCY sememangnya satu badan kebajikan yang pergi serata dunia , bukan untuk makan angin tetapi apa yang dilakukan penuh dengan cabaran dan risiko seperti pa yang dilatih semasa training. Kami diajar perkara penting untuk terus hidup. Kami diajar menghadapi tekanan yang berat dan kesukaran hidup dengan keadaan serba kekurangan.

Sebagai seorang sukarelawan kami diajar untuk sentiasa bersedia jika keadaan genting berlaku. Pentingnya mengikut arahan dan bekerjasama.

Dan saya pelajari,hidup ini bukan wang semata-mata. Anugerah tuhan seperti air, api , makanan dan nyawa yang kita itulah yang paling berharga . Hidup saya mungkin berubah, mungkin tidak. Tetapi saya hargai MERCY.

TQ