Tidak ku sangka gurauan aku dengan kawan-kawan yang aku ni pucat lesi.....menjadi benar. Tanda-tanda awal , aku selalu pening, letih, sakit dada menjadi semakin parah apabila aku mula penat apabila naik tangga dan sukar bernafas.... rasa gelap dunia ni bila rasa nak pitam...
Dengan berat hati , sekali lagi aku meminta bantuan Dr Roshidah, supaya dia membantu memeriksa keaadaan diri ku. Tidak akan ku lupa jasa dia . Setibanya di Jabatan Kecemasan, Dr Roshidah membuat ECG dan rakan baikku Dr Low mengambil darah .
Dr Low MY.....................................................
Berdebar juga menanti keputusan darah, ingat dihati mungkin tidak berapa serius. Niat di hati kalau tidak serius, boleh balik, makan ubat, buat kerja macam biasa. Tetapi apabila sudah mendapat keputusan, alangkah terkejutnya s
aya apabila melihat result darah.
Hemoglobin (Hb) , sel darah merah yang membawa oksigen dalam badan sangat berkurangan. HB normal 12-14. Tetapi keputusan ku hanya 7.6.di lab kecemasan tetapi lebih rendah lagi di lab besar. iaitu 7.3.
Lama juga termenung... Sebagai seorang doktor , aku tahu, aku perlu dimasukkan ke wad.. Tetapi, biasalah , degil..... lama juga kena pujuk akhirnya berjaya juga rakan-rakan aku memujuk.....
Sedihnya masuk wad.......
Wad yang didaftarkan adalah wad 1U (wad biasa) , bukan wad kelas satu ke, wad staf ker. Ini disebabkan aku banyak alergik, takut bila masuk darah nanti aku mendapat reaksi alahan yang teruk.
Malam itu, Dr Low datang membawa makanan sementara satu bag dimasukkan. Nampak seperti tiada masalah. Aku tidak mendapat apa-apa reaksi. Rasa sukar bernafas dan berdebar pun agak berkurangan.

Tengah tranfuse.............sakit tangan.....................................
Malam itu juga, aku melakukan pap smear, sampel tisu rahim dan ultra sound. Buat masa ni, nampak normal , cuma sekarang nie berdebar menantikan result tisu. Aku diberi ubat penahan darah, vitamin dan horman.
Selepas habis satu bag darah, aku tidur, menantikan masa tranfusi bag darah seterusnya.....
....
Pada Keesokan harinya, darah yang sepatutnya di tranfuse awal agak lewat sedikit. (nasib baik).Bag darah yang kedua tiba pada pukul 2 petang, Mula tranfuse , aku sudah terasa susah nafas, dari baring aku terus duduk mengambil nafas. Sedang aku duduk itu Dr Low datang. Aku mengadu kepada Low yang aku susah bernafas. Dia tak percaya pada mulanya, tetapi lama-kalamaan Dr Low sendiri nampak muka aku manjadi merah dan telinga ku menjadi bengkak.....
Secara tiba-tiba perut ku amat sakit dan kejang..... Mual secara mendadak.... Aku muntah berkali-kali. Pucat lesi muka, tangan sejuk macam ice. Rasa sejuk satu badan. Sakit nya tuhan saja yang tau. Darah yang dimasukkan terpaksa diberhentikan. Apa yang aku hadapi sekarang ini adalah reaksi alahan kepada darah. Nasib baik ruang udara nafas tidak tertutup terus.... Kalau tidak......
Dr Low menyuruh doktor pelatih di wad mengambil ubat untuk alahan. Secara perlahan aku menjadi lebih baik. Tapi satu hari tu lah aku rasa perut yang sakit amat sangat dan rasa amat mengantuk. (kesan ubat).
Walaupun bag darah yang kedua tak sempat habis, sekurang-kurangnya. dari 7.3 darah aku naik kepada 9. Alhamdulillah.....
Maknanya aku perlu makan makanan yang berkhasiat dan vitamin shj selepas ini... Kalau tak makan maggi je malam-malam.
Besoknya selepas sudah tidak ada masalah lagi, baru aku dibenarkan pulang...... Lepas ni, serik masuk wad lagi.... sunyi, .


Gambar Atas : Sunyinya wad di 1U
Gambar awah: Selepas di transfusi 2 bag darah, baru nampak muka merah sikit, nampak sihat sikit lah.
owh abie..kesian nya awak masuk wad..
ReplyDeletetakpe..kuatkan semangat..inikan dugaan hidup..
wah ku ingat nak tunjukan muka dah jadi minah saleh. hehhehe
ReplyDeleterupanya nak gambarkan dah sihat.. alhamdulilah.
kerja pun kerja gak abie.. jgn sampai terabai kesihatan tu.. ,ingatlah, ramai lagi org sayang kat abie..
wish u in healthy all the time.........
huhuhu
to dnny, maza ....tq...tq takde apa lah..... kurang makan je...stress
ReplyDeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
sekarang dah ok ker?..hb sy 7.30 smlm..kena admit tpi sy balik sbb x sedia masuk wad..husband sakit..so sy nak rawat sendiri..ada cadangan tak tau petua pemakanan? tq!
ReplyDelete