30 April 2009

HIV / AIDS

From: http//www.moh.gov.com.my

Pengenalan


Apa itu HIV dan AIDS?


HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/.


Bagaimanakah HIV merebak?


HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:
Darah
Air mani
Cecair faraj
Susu ibu


HIV boleh merebak melalui:
Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?
Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:
Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
Gigitan nyamuk
Tanda dan Gejala
Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?
Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:
demam
sakit tekak dan batuk
sakit otot
sakit kepala
cirit-birit
bengkak kelenjar limfa
letih
ruam
sakit sendi
turun berat badan
Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?
Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:
penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)
Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?
Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV.Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.RawatanAdakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?
Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?
Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:
menunjukkan tanda-tanda AIDS
bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya
Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:
kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
dijangkiti melalui pekerjaan
wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
pegawai kerajaan
Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:
pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
rawatan penyakit kelamin
kaunseling ( perubatan dan psikologi)
Pencegahan
Pencegahan dikalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.
Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:
jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
setia kepada pasangan anda
amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang
jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan
anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV
pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.
Kumpulan Sokongan
AIDS/STD SectionDisease Control Division Ministry of Health Level 4, Block E10, Parcel E 62518 PutrajayaTel : 03-88834387 Fax : 03-88834285 Website : http://dph.gov.my/aids
The Malaysian AIDS CouncilNo. 12, The Boulevard Shop OfficeJalan 13/48A, Off Jalan Sentul51000 Kuala LumpurTel : 03 - 4045-1033Fax : 03 - 4042-6133Email : contactus@mac.org.myFor counseling: Toll free line at 1-800-88 18 48 or email : counseling@mac.org.my
Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) Tel : 03 - 6201 3179 / 0287Fax : 03 - 6201 3013 / 5940E-mail : ppm@pengasih.netWebsite : http://www.pengasih.net Community AIDS Service Penang (CASP) Tel : 04 - 229 9566 / 7412Fax : 04 - 228 1624E-mail : aidspg@tm.net.my
Federation of Family Planning Associations Malaysia (FFPAM) Tel : 03 - 5633 7514 / 16 / 28Fax : 03 - 5634 6638E-mail : ffpam@po.jaring.my or ffpam2@tm.net.my Islamic Medical Association of Malaysia (PPIM) wakekl@tm.net.myTel/Fax : 03 - 9172 1533E-mail : abdhaq@pl.jaring.my or jeffrey@mail.hukm.ukm.myWebsite : http://www.ppim.org.my
PT Foundation (PTF) Tel : 03 - 4044 4611Fax : 03 - 4044 4622E-mail: hishamhu@csd.tnb.com.my Sarawak AIDS Concern Society (SACS) Tel : 019 - 857 9423Fax : 03 - 4044 4622E-mail : mailto:hishamhu@csd.tnb.com.my
Women and Health Association of Kuala Lumpur (WAKE) Tel : 03 - 2692 6861Fax : 03 - 2692 6877E-mail : mailto:hishamhu@csd.tnb.com.my Persatuan Perantaraan Pesakit-Pesakit Kelantan (SAHABAT) Tel : 09 - 7472 119 / 012-9620656Fax : 09 - 7502 504

No comments:

Post a Comment