
Dengan bag galas 35L dan sebuah lagi bag galas yang kecil saya membawa lagi sebuah baldi dan periuk kecil ke Camp Site. Perjalanan tidaklah jauh, tetapi pendakian yang hanya 500 meter dan dengan bebanan yang dibawa cukup memenatkan. Sukar rasanya untuk bernafas. Sudah hampir 10 tahun aku tidak melakukan aktiviti seperti ini. Camping dengan jungle tracking biasalah. Namun saya gagahkan diri kerana disebabkan saya yang tiba lewat satu pasukan terlewat. Di Camp Site, matahari pukul 11 pagi cukup memeritkan. Khemah yang di bawa seberat 50kg harus dipasang secepat mungkin. Besarnya boleh memuatkan 10 orang. Jika khemah biasa pejam mata saja boleh pasang. Tetapi khemah sebesar ini cukup menguji kesabaran, ditambah pula dugaan khemah pertama yang dipasang tidak lengkap dan kami dikehendaki mengambil khemah yang baru. Pukul 1230tgh baru khemah siap tetapi tempat memasak belum disiapkan. Bahan makanan mentah yang disediakan adalah maggi 12 bungkus, beras 5genggam, sardi 2 tin untuk dimakan selama 3 hari seramai 6 orang!
Sebagai satu-satunya perempuan saya di berikan tugas memasak. Perut sudah lapar. Rasa seperti mahu pitam . Nasib baik jugalah ada kumpulan lain yang memberikan saya pisang dan roti. Nikmatnya terasa makanan ini dikala kelaparan. Sayangnya tidak sempat jugam masak sebab dapur lambat siap.
Pukul 2ptg. Kelihatan ahli kumpulan yang lain pulang dari solat Jumaat. Mereka membantu menyalakan api dan memberikan sedikit minuman . Ini kerana air yang saya bawa sudah habis kerana kehausan sewaktu menyediakan khemah tadi. Tetapi untuk memulakan memasak sudah agak terlewat kerana kami dikehendaki berkumpul pada pukul 2.30 petang untuk aktiviti selanjutnya.
Petang itu kami diajar oleh MERCY cara mengunakan radio communication. Agar sukar mulanya tetapi lama kelamaan menjadi mudah dan kami juga diajar secara teori cara berhadapan dengan pengganas, penculikan dan jika ada berlaku tembak menembak dan letupan bom. Kedengarannya mudah, tetapi secara benarnya amatlah sukar. Malam itu aktiviti tamat pada pukul 11 malam dan kemudian kami balik ke camp untuk mandi, masak dan solat. Bayangkan satu khemah dengan 5 orang lelaki. Sukar sungguh rasanya. Tetapi inilah yang terpaksa dihadapi oleh ahli MERCY jika di tempat orang kerana keadaan darurat. Khabar angin juga mengatakan Camp kami akan diserang pada malam itu dan kami dikehendaki membuat perancangan untuk melarikan diri ketempat selamat. Perancangan jelas namun tidak dipraktikkan oleh kami. Akhirnya kami mengambil giliran untuk tidur namun tiada apa yang berlaku pada malam itu.
HARI KEDUA.
Kasutku pecah. Ini bermakna aku terpaksa menggunakan sandal untuk melakukan aktiviti lasak. 6.30 pagi kami sudah pergi melakukan riadah pagi. Penat tak terkata. Oleh kerana lama tak bersenam maka sayalah yang ketinggalan. Habis riadah, mandi di sungai dan aktviti seterusnya adalah kelas melakukan RESCUE MISSION cara membaca Compass dan peta. Seterusnya aktiviti kami disambung dengan sesi praktikal.
CABARAN BERMULA
Pukul 2 petang kami berkumpul setelah masa rehat satu jam (masak, makan, mandi, solat). Di Base Camp kami diberikan satu tugas menyelamat. Satu helikopter terhempas dan kami diarahkan mencari dan mengeluarkan mangsa secepat mungkin. peralatan yang diberi hanya kompas dan radio Com. Koordinat diberi. Kami terpaksa meredah tebing bukit, pokok berduri dan tebing licin dan dengan pantas. Tuhan saja yang tahu, penatnya saya berlari mengikuti ahli kumpulan yang kesemuanya lelaki itu. Saya diberi tugas membaca kompas dan terdapat 5 check point untuk dicari.
Setibanya di tempat kejadian, search kami bermula. Terdapat 5 mangsa. Ada didalam sungai, atas pokok, tebing curam dan lain-lain. Kumpulan kami terpaksa membawa seorang mangsa yang tersangkut ditebing tinggi. Mangsa itu mengalami pendarahan dalaman dan bersaiz besar. Bayangkanlah caranya kami hendak menurunkan beliau tanpa sebarang alat pun. Akhirnya beliau terpaksa kami pikul, dan strecher terpaksa kami tebang pokok yang ada dan kain strecher itu kami gunakan kain pelikat dan baju sweater. Beratnya mengangkatnya, tuhan saja yang tahu. Kami terpaksa berhenti setiap 1 minit. Tetapi akhirnya, mangsa kami mati dalam perjalanan. Kami berkumpul semula di Base Camp.pada pukul 5 petang dan aktiviti seterusnya di sambung.
DEBARAN
Pada petangnya, mission kami bermula. Kami diberi 2 parcell untuk dihantar ke Myanmar. Sebelum itu kami melihat demo menyelamatkan diri jika diserang ditengah jalan. Bergegar jantung mendengar letupan bom. Kami menaiki MPV MERCY dan diarahkan melalui beberapa check point.
Check point pertama kami ditahan oleh polis Myanmar. Kami disuruh melutut dan meletakkan tangan dikepala. Senapang ditujukan kepada kami. Saya di soal siasat. Segala surat , bag, MPV semua kena geledah. Nak dijadikan cerita, MPV kami ada disembunyikan dadah. Kami diugut akan dipenjarakan dan polis Myanmar meminta kesemua wang kami sebelum kami dilepaskan. Akhirnya selepas 15 minit berlutut baru kami dibenarkan berlepas.
Check point kedua, orang kampung myanmar yang kelaparan dan terdesak. ( bukan Mission yang ditugaskan). Kami terpaksa juga memberi mereka sebahagian dari bekalan makanan dan ubat untuk melepaskan diri.
Check Point Ketiga, paling mencemaskan. Kenderaan kami disuruh berhenti di satu kawasan tanah lapang. Kononnya disitulah kawasan yang harus kami bantu. Tiba-tiba, satu gerombolan tentera menembak kearah kami dengan dentuman bom. Sebahagian dari kami ditarik keluar seperti penjenayah dan saya terpaksa melompat dari kereta dan terus meniarap ketanah. Muka dan badan terhempas keatas tanah berbatu kerikil. Rakan-rakan saya diikat dan dipijak. Ketua kumpulan kami lari meninggalkan kami ( tetapi dia ditangkap an dijadikan tebusan).. Mereka mencari doktor kumpulan dan saya mengaku. Sekali lagi saya di soal siasat. Badan masih di tanah. Badan habis disimbah dengan air. Kepala ditutup dengan kain , tengkuk saya dicengkam dari belakang dan saya ditemukan dengan ketua kumpulan pemberontak. Saya terpaksa menjelaskan keaadaan yang sebenar dan hampir 15 minit juga baru kami dapat dilepaskan. Sayangnya ahli kami diculik dan malam itu kami terpaksa merayu kepada penculik untuk melepaskan mereka dengan duit tebusan. Akhirnya malam itu , hasil dari pertolongan dari semua kumpulan mereka yang diculik dapat dilepaskan.
SELEPAS PENCULIKAN
Kami kembali ke camp site lebih kurang pukul 10 malam. Sesi debriefing dijalankan dan sekali lagi kami menjangkakan bahawa serangan di camp site pada malamnya. Namun disebabkan ketua kumpulan kami telah dibuli teruk semasa diculik, beliau agak keletihan dan sekali lagi kami tidak berlatih evacuation plan. Tepat pukul 2 pagi, bom kedengaran. Entah macamana saya, sokalingam dan Suffki pergi kearah semak dibelakang khemah. Kami terpisah dengan ahli kumpulan lain. Satu kesalahan besar.
Kami dimarahi oleh Base Camp oleh kerana kesilapan kami.Nasib mereka yang lain tidak sesat. Habis sesi pukul 3 pagi dan kami terus tertidur selepas itu. Sepatut ada serangan yang lebih besar lagi selepas itu tetapi tidak diadakan oleh kerana sebab-sebab yang tertentu.
HARI TERAKHIR
Kami masih lagi terpaksa bersenam pada pukul 6.30 pagi. Namun tidak begitu berat. Sedikit nasihat dan iktibar diberi dan penyampaian sijil pula . Kami bersurai pada pukul 12tgh.
APA YANG DIPELAJARI
MERCY sememangnya satu badan kebajikan yang pergi serata dunia , bukan untuk makan angin tetapi apa yang dilakukan penuh dengan cabaran dan risiko seperti pa yang dilatih semasa training. Kami diajar perkara penting untuk terus hidup. Kami diajar menghadapi tekanan yang berat dan kesukaran hidup dengan keadaan serba kekurangan.
Sebagai seorang sukarelawan kami diajar untuk sentiasa bersedia jika keadaan genting berlaku. Pentingnya mengikut arahan dan bekerjasama.
Dan saya pelajari,hidup ini bukan wang semata-mata. Anugerah tuhan seperti air, api , makanan dan nyawa yang kita itulah yang paling berharga . Hidup saya mungkin berubah, mungkin tidak. Tetapi saya hargai MERCY.
TQ
Papa oscar papa oscar this is kilo yankee over!!
ReplyDeleteapa2 pun..the experience is beyond imagination!!
Congrat to everybody yang attend BMT. You Rock!!!
Khairul - Alpha Team - Callsign Kilo Yankee aka 3rd Secretary
To Khairul, memang beyond our imagination. Masa tulis nie mmg masih fresh lagi memori tue tapi memeang tak tergambar dek kata-kata.......
ReplyDeleteMemang tahniah untuk semua peserta BMT MERCY
papa papa...papa this is charlie golf... sauki a.k.a afdlin sauki abang saya... saya adik dia suffki..apa pun saya gembira menjadi sebahagian dari watak bie's and the bees... :) enjoy
ReplyDeleteTo Suffki, sorry la....Sbb Sauki je yang aku ingat...Takpe-takpe nanti tukar....
ReplyDeleteAnyway TQ sebab jadi group member yang baik....and cute....
tengah tunggu sape ler nak upload gambar nih...Doc! u takde gambar ker nak upload sini?
ReplyDeleteada, tapi dalam face book. itu pun masa balik tu, gambar tak byk......kita tgh tunggu jugak nie....
ReplyDeleteMemang respect kat abielah...
ReplyDeletetabik springlah.......huhuhu..
dgn adanya cerita seumpama ini, jelas menunjukan perjuangan MERCY bukanlah main2.. atau bersenang lenang..
masyallah. ini baru sikit.. belum lagi negara kita dilanda bencana peperangan seperti itu..
belum lagi kita diseru utk membela tanah air sendiri...
Allahuakabar..
MAZA, apa yang kami latihkan, tak mustahil terjadi di negeri sendiri
ReplyDeleteLama tak lama dulu, saya ada bertanya orang2 Burma (Myanmar), dah tengok cerita Rambo 4 belum..?..kalau dah tengok, apa yang kamu rasa..?
ReplyDeleteJawab mereka, keadaan lebih teruk daripada filem itu. Seorang dari mereka pernah melihat orang awam diikat oleh askar lalu dicampak hidup2 ke dalam lopak air. Yang lain begitu tertekan dan tidak mahu bercerita kerana tidak sukakan askar2 negara mereka sendiri.
Pasukan MERCY kita pernah dihantar ke Iraq semasa perang di sana. Oleh kerana salah seorang ahli MERCY cedera ditembak, kerajaan kita terpaksa menarikbalik mereka keluar sebelum apa2 ancaman keselamatan berlaku nanti. Mungkin pada masa itu belum ada lagi latihan seperti ini dilakukan.
Cerita ini menarik. Latihan2 seperti ini cukup mental. Teringat saya dengan filem 'Saving Private Ryan' dan 'G.I Jane'.
Kepada Abie dan rakan2 MERCY..Semoga latihan di Kem PGA Ulu Kinta menjadi pengalaman hebat dan penguat semangat dalam kerjaya masing2; untuk menghadapi situasi saat2 genting atau cemas di mana2 muka bumi ini sekalipun, mahupun dalam keadaan aman.
Kalau bukan anda sekalian, siapa lagi..
Mohon Maaf kepada semua pembaca blog ini terhadap apa yang saya luahkan, saya cuma ingin berkongsi pendapat saya. Kalau di dengar dari plot cerita memang cukup memberi impak yang mendalam kepada emosi, mental dan fizikal khususnya kepada para peserta dan amnya kepada orang lain yang membaca blog ini. Secara terus terang saya pun pernah pergi kem-kem motivasi dan saya rasa tidak setanding dengan pengalaman dalam cerita ini.
ReplyDeletePada hemah saya sebelum kita mengabil keputusan untuk menyertai trainning sebegini perlu diambil kira banyak faktor sepertinya persediaan peserta dari segi fizikal. Sebagai pengelola trainning mesti terlebih dahulu memastikan semua peserta layak mengikuti trainning berkenaan. Lebih-lebih lagi trainning yang sebegini yang penuh dengan gaya brutal dan cruel (oops maafkan saya jika ayat yang saya guna tidak sesuai). Perkara ini mustahak kerana peserta yang tidak sihat seharusnya dilarang mengikuti tranning berkenaan kerana takut timbul kesan yang tidak baik kepada peserta selepas tamat sisi berkenaan.
Walau bagaimnapun, paling mustahak faktor para peserta itu sendiri. Dia kena tahu keadaan tahap kesihatan diri mereka sendiri. Para peserta perlu memastikan keadaan mereka betul-betul dan benar-benar fit dan boleh menanggung beban semasa trainning. Maklumlah trainning seumpana ini memang real giler. Kalau sape-sape yang tidak betul-betul fit mungkin akan berlaku kesan hiliran terhadap peserta sendiri. Sebaik-baiknya jangan sekadar alasan nak 'real experience' pekara-pekara sebegini diabaikan.
Saya bukannye nak menunding jari kepada sape-sape lebih baik "ludah kelangit jilat sendiri".
Aaaah...tak..tahulah nak cakap macam mana lagi.
Salam semua ye. Harap apa yang saya luahkan ini bolehlah direnung-renungkan dan difikirkan sejenak bukan nak mengajar cuma luahan rasa. Bagi diri saya perjuangan peserta MERCY adalah amat mulia sebab dia membela mangsa daripada kezaliman manusia dan kesan bencana alam (Qadak & Qadar). Perjuangan mereka ini juga adalah iklas dan tidak mengharapkan balasan wang ringgit.
ReplyDeletePada hemah saya menjadi anggota MERCY umpama pergi berjihad "lillahitaala" dan telah bersedia untuk mengharungi apa jua risiko walaupun nyawa menjadi sabungan khususnya misi antarabangsa.Walau bagaimanapun, ada juga misi di dalam negara seumpamanya menyelamatkan mangsa banjir di kelantan.
Sebagai perseta MERCY di peringkat antarabangsa,martabat mereka adalah seumpama perjuang yang sangat berani dan peranan mereka juga sangat penting. Ini kerana segala macam bantuan yang mereka berikan kepada mangsa-mangsa keganasan manusia. Perjuangan sebegini memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, apa yang penting hanya matlamat mereka untuk berbakti kepada bangsa dunia tak kira agama, bangsa mahu pun negara malah perbezaan bahasa juga bukan satu kekangan.
Saya mempunyai satu hipotesis sendiri tentang perjuang MERCY khususnya perjuangan mereka di peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan cuma kadar risiko dan komitmentnya sahaja sedikit berbeza. Apapun alasan yang diberikan dimanajua peringkat sekalipun menjadi anggota MERCY adalah satu perjuangan nekad sanggup berjuang dan berkorban apa sahaja demi membela manusia sejagat.
Para anggota yang pernah menyertai MISI ke luar negara antara mereka yang bernekad sanggup berkorban apa sahaja meninggalkan keluarga, meninggalkan cinta malah mungkin juga dia meninggalkan dunia. Atas matlamat memberi bantuan kepada manusia segajat segalanya sanggup ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, timbul pula persoalanan di dalam kepala saya bagaimana jaminan yang akan diberikan oleh MERCY jika berlaku apa-apa musibah terhadap anggota semasa menjalankan misi yang mulia ini. Jika berlaku kematian apakah jenis bantuan atau pampasan yang akan diberikan kepada pewaris mangsa.Jika mangsa mempunyai anak kecil mampukah sumbangan berkenaan menjamin kehidupan mereka.(saya cuma ingin tahu kalau ada sila jelaskan)
Kalau dilihat dan difikiran dengan mendalam mungkinkah wajar sebelum menjadi anggota MERCY itu perlu terlebih dahulu kita membuat surat wasiat.Tujuannya supaya waris lebih mudah untuk menguruskan kehidupan mereka di kemudian hari contohnya kepada anak-anak yang masih kecil. Walaupun tidak boleh dinafikan hidup dan mati itu di tanggan tuhan malah pendek kata dalam kelambupun boleh mati jugak. Inikan lagi di medan perang atau bencana khususnya peserta di peringkat antarabangsa.
Walaupun dengan takdir Allah mereka selamat kembali ke tanah air. Adakah betul mereka selamat maksudnya keseluruhan aspek darisegi emosi,kesihatan fizikal dan mental. Maklumlah sedikit sebanyak kesan daripada misi itu ada mempengaruhi faktor-faktor berkenaan.
Jika ditanya kepada saya mahukah menjadi anggota MERCY jawapannya Tidakkkk.Kalau ditanya relake kalau pasangan jadi anggota MERCY tidakkkk.Tolonglaaaaah kalau nak buat baik pun banyak lagi tempat lain boleh pegi contoh masuk MAKNA ke?Orang lain nak pegi join tu dia punye pasallah. Kalau boleh tranning pun jangan pegi lah.
i was impressed!
ReplyDeleteAssalamualaikum..sis sy pelajar sc sukan n sy berminat utk praktikal d mercy ni..bgaima cara sy utk memohon praktikal d mercy ye..sy btol2 berminat sis..n bley ke sis hbgi sy 01131671400
ReplyDelete