Selepas mendapat keputusan Final Exam untuk peperiksaan kedoktoran, aku berehat lebih kurang 2 minggu sahaja. Kemudian kami dipanggil memulakan tugas dipenempatan masing-masing. Rasa tak hilang lagi penat belajar 5 tahun, dah kena panggil untuk bekerja. Walaupun panggilan untuk bekerja adalah segera, tetapi disebabkan urusan medical check-up, angkat sumpah dll, proses ini mengambil masa juga .
Teringat jugak proses medical check-up yang wajib diakukan di HKL juga. Fuuuh.......Ada lah satu makcik lab ni. Muka gila garang. "kencing dalam bekas, lepas tu letak sini". Huh..takut sbb dia punya jelingan tu...Maut. Lepas tu kena buat examination la...yang paling segan Breast examination lah...malu.... aku anak dara lagi masa tu.....
Surat dari Kementerian Kesihatan yang diterima menyatakan aku harus mendaftarkan diri di Hospital Kuala Lumpur. Tarikh seingat aku 15/6/2001. Tapi yang paling mengejutkan aku gaji mula Pegawai Perubatan. Mungkin ramai yang ingat gaji Doktor besar tetapi apa yang aku lihat di surat tawaran adalah RM 1600! Kenaikan RM 80 setahun.!
Dan itulah gaji yang aku terima ketika itu. ( Dalam hati: Padanlah ramai berhenti kerja.Kawan aku yang SPM pun dapat gaji lagi besar).
Posting wajib pada masa itu ialah O&G, Medical/Pead, Surgery/Ortho. Jangka masa satu tahun. Maka selepas saja aku mendaftar diri di pejabat , aku di tugaskan di Medical, kemudian surgery dan seterusnya O&G.
Medical aku mendaftar sekali lagi dipejabatnya, dan aku dikehendaki bertugas di WAD 24(female). Tingkat 2 la kat HKL tu..... Masa dulu seingat akulah, ada lif bergerak tiada pintu. Punya lah ngeri nak lompat. Kena agak lah bila sampai. bila nak turun sebab lif tu tak berenti. Dia jalan jer.
Masuk wad 24. aku diperkenalkan oleh sister kepada houseman yang lain, ada Dr Yanti, Dr Zul, Dr Suriani. Wad 24 memang besar. Pesakit pada masa tu ada 50 katil. Jadi pembahagian tugasnya seorang houseman dikehendaki menjaga kebih kurang 15 pesakit. Kami ada sistem hari aktif dan pasif. Jadi masa aktif tu penat la, sebab ramai yang masuk wad, tapi kalau pasif byk nak settlekan benda yang perlu dibuat segera sebelum pesakit pulang. Jadual harian bekerja adalah 6.30 pg sampai pukul 10 mlm. Kalau O/C hari tu balik kejap pukul 5 lps tu dtg balik pukul 10 mlm. O/C selalunya 2 org.
Mulanya sukar kena ambil darah, periksa pesakit, appointment dll. Tapi rakan lain yang tunjuk ajar dulu..... Masa belajar semua benda ni kita tak diajar. Jadi sekarang pandai-pandai sendiri( maknanya lepas kena ajar dgn senior doktor la). Lama-lama rasa diri nie sebiji macam kuli.....buat jer apa yang org suruh.... Maklumlah belum pandai lagi, mmg patut pun belajar dari bawah. Kita dah jadi Doktor bukannya untuk berlagak. Tapi kalau sampai kerja attendant pun kena buat,,, lap--lap, cop--cop. marah gak rasanya.;
Di medikal selepas wad 24, aku ditempatkan di wad 18(lelaki). Mak ai...lagi penat...Pesakit 60 orang +/- 15 org. houseman 3 org.... macam nak lingkup jugak dunia ni. balik kerja dah malam ...dah sampai bilik tu, ingat katil je lah... Bila dah senior sikit, kena jaga jugak wad kelas 2 dgn 1... Masa ni la menyampah...sebab kadang-kadang nie org yang ada pangkat, ada duit...ni menyombong,, perintah-perintah org tak tentu pasal. Tau la kita houseman..... Tapi ada gak sorang dua pesakit yang mengorat...lebih-lebih lagi yang demam sikit-sikit nie.
Semasa di medikal nie, byk yang aku belajar. Dari melakukan CPR kepada orang sebenar, skill memasang CVP. Branula ( masuk air la tu) ,tiub dada dan segala macam tiub aku dah buat.... kesian pesakit.. Ada jugak kisah sedih dimana pesakit yang saya jaga dari awal nya sihat sampai meninggal pun ada. Ada juga beberapa pesakit yang semasa waktu kematiannya begitu dahsyat sekali siksanya.....insaf sekejap. Ada juga pesakit yang mengamuk.....
Tapi penat-penat aku di medikal, sempat jugak SHEEDA (roomate) beli Hifi.. Apa lagi,,, aku lah yang memenuhkan CD karaoke. Tiap-tiap hari, memekak.... jiran-jiran bilik jgn marah yer..... tak tau pun saper sebelah ... susah nak jumpa . Busy ya amat. Tapi sempat jugak la shopping.......tgk wayang, main bowling...heh..heh..
Terima ksaih kepada kawan-kawan di medikal HKL 2001. Sebab dah banyak buat CPR lah saya berminat nak buat emergency. Terima kasih atas pertolongon anda dan walaupun rasanya hidup ini macam takde dunia lain kecuali diwad. tapi kita semua susah senang bersama-sama dan sentiasa bekerjasama.
TQ
Seterusnya nanti di Surgical
doc lelaki ke perempuan yang buat breasts exam tu?
ReplyDeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833