05 May 2009

Hari Doktor

Sedih pula bila membaca.... " Doktor Curi Tulang" . Tak sangka ada jugak manusia yang sanggup menuduh doktor sedemikian rupa. Berhempas pulas kita menyelamatkan pesakit...... baru nak lepaskan penat 5 Minit sudah dituduh tak buat kerja.......... Inilah.., orang yang bercakap tu kalau dah besar sangat pangkat. ingat semua orang dia bleh control..... Rumah tangga orang pun dia nak kacau kot.... Takpalah, dah letak tepi dah perasaan tak puas hati pada Datuk yang memberi komen tu........ Doktor ni memang jenis orang yang pemaaf, namun begitu sekali hati terguris, parutnya kekal jua............... Walaupun kami hanya menyambut Hari Pekerja sahaja pada 1/Mei/09 , tidak pula doktor meminta sambutan istemewa atau balasan kepada jasa mereka seperti Hari Guru, Hari Setiausaha. Hari......dll.

Tetapi mungkin ada sebabnya kenapa doktor tiada hari sambutan, kerana pihak seperti datuk ini lah yang menidakkan. "Doktor harus berkhidmat sepenuh hati tidak kira masa, wang, keluarga kerana itu sudah tugasnya,". Agaknya, kalau doktor ada hari sambutan mesti lengang hospital tu nanti.

Apa pun,,, pada saya seperti post sebelum ini, hari bdoktor adalah apabila pesakit sendiri mengucapkan terima kasih kepada saya.... 1000 hari pekerja pun tidak dapat menggantikan rasa gembira saya apabila pesakit menghargai apa yang kita lakukan. ......

1 comment:

  1. Kalaulah diadakan Hari Doktor Sedunia, alamat huru hara dunia ini jadinya..

    Setiap hari adalah Hari Doktor, setiap hari dimana pesakit2 perlukan doktor..

    Silap datuk itu juga..

    Datuk, kalaulah saya jadi anda, saya takkan main sergah macam itu..Kena tanya doktor baik2 macam ini,

    "..semua pesakit kita ok ke..?".

    Barulah orang 'respect' sama Datuk..

    Sergah2 nanti akan merencatkan 'mood' bekerja orang..

    Kepada media, betul ke Datuk tu sampai tuduh doktor macam itu..?

    Atau cerita sengaja diada-adakan..?

    Kepada Abie, janganlah terlalu ambil 'port' kes kecil ini. Datuk tu baru saja naik.. Jadi, kenalah tunjuk 'power' sikit.. ;-)

    ReplyDelete